My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 31

Capital Markets and Services Act 2007 s 31

s 31 Power of Commission upon contravention of section 23, 24 or 25

(1) Notwithstanding any of the provisions in any memorandum and articles of association, the Companies Act 1965, or any rule of law, but subject to the provisions of this Act, where the Commission is satisfied that any person has contravened the provisions of section 23, 24 or 25, it may make a preliminary order in writing, imposing one or more of the following prohibitions or restrictions as may be applicable or appropriate in the circumstances of the contravention in respect of any shares which are the subject of the contravention: (a) prohibit the transfer of, or the carrying out of the agreement or arrangement to transfer, such voting shares, or, in the case of unissued shares, prohibit the transfer of, or the carrying out of the agreement or arrangement to transfer, the right to be issued with them; (b) prohibit the exercise of any voting rights in respect of such shares; (c) prohibit the issue of any further shares in right of such shares or in pursuance of any offer made to their holder; or (d) except in liquidation, prohibit the payment of any sums due from the exchange holding company on such shares, whether in respect of capital or otherwise. (2) A preliminary order made under subsection (1) shall be served on the defaulting person as soon as is practicable, and may be publicised in such manner as the Commission thinks fit, if in the opinion of the Commission it needs to be publicised. (3) A preliminary order shall be binding on the defaulting person, on any person for the time being holding the voting shares to which such order applies, and on any other person specified in the order or to whom the order is directed. (4) No person shall be given an opportunity to be heard before the Commission makes a preliminary order under subsection (1) against him or which affects him in any manner. (5) Any defaulting person against whom a preliminary order has been made, or any other person prejudicially affected by such order, may within fourteen days of the service of the order on the defaulting person, make representations in writing to the Commission applying for the setting aside of the order on the ground that he had not contravened the provisions in relation to which the order has been made, or for a modification of the order on the ground that it would be just and proper to modify it for reasons to be specified in the representations. (6) The Commission may, after considering the representations made under subsection (5), either confirm, revoke or vary the preliminary order in such manner as it thinks fit. (7) Where the Commission confirms a preliminary order, it may make an order to the holder of the shares to which the preliminary order applies to, directing such holder to dispose of the shares. (8) The Commission may give any instruction or direction to the directors or officers of the exchange holding company, stock exchange, futures exchange, approved clearing house, central depository or any other relevant body corporate as defined under subsection 26(5), as the case may be, as may be necessary or requisite to give effect to any order of the Commission under this section, or as may be incidental, ancillary or consequential to such order. (9) Any transaction, including any agreement or arrangement in relation to any shares, which is in contravention of any preliminary order, or of any order confirmed under subsection (6), or of any instruction or direction given by the Commission under subsection (8), shall be void and of no effect. (10) A person who contravenes any preliminary order, any order confirmed under subsection (6), or any instruction or direction given under subsection (8), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (11) The satisfaction of the Commission under subsection (1) that the provisions of section 23, 24 or 25 have been contravened by any person may be arrived at regardless as to whether or not there is any prosecution of any person for such contravention. Subdivision 3 — General

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya atas pelanggaran seksyen 23, 24 atau 25

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam mana-mana memorandum dan perkara persatuan, Akta Syarikat 1965, atau apa-apa rukun undang-undang, tetapi tertakluk kepada peruntukan Akta ini, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar peruntukan seksyen 23, 24 atau 25, Suruhanjaya boleh membuat perintah permulaan secara bertulis, yang mengenakan satu atau lebih larangan atau sekatan yang berikut sebagaimana yang terpakai atau sesuai dalam hal keadaan pelanggaran itu berkenaan dengan mana-mana syer yang merupakan hal perkara pelanggaran itu: (a) melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian atau perkiraan untuk memindahkan, apa-apa syer mengundi, atau, dalam hal syer yang belum diterbitkan, melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian atau perkiraan untuk memindahkan, hak untuk diterbitkan dengannya; (b) melarang penggunaan mana-mana hak mengundi berkenaan dengan syer itu; (c) melarang penerbitan mana-mana syer selanjutnya daripada hak dalam syer itu atau menurut mana-mana tawaran yang dibuat kepada pemegangnya; atau (d) kecuali dalam pelikuidasian, melarang pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh suatu syarikat pemegangan bursa atas syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya. (2) Suatu perintah permulaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar secepat yang dapat dilaksanakan, dan boleh disiarkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, jika pada pendapat Suruhanjaya perintah itu perlu disiarkan. (3) Suatu perintah permulaan hendaklah mengikat orang yang ingkar, mana-mana orang yang pada masa ini memegang syer mengundi yang baginya perintah itu terpakai, dan mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau yang kepadanya perintah itu diarahkan. (4) Tiada seorang pun boleh diberikan suatu peluang untuk didengar sebelum Suruhanjaya membuat perintah permulaan di bawah subseksyen (1) ke atasnya atau yang menyentuhnya mengikut apa-apa cara. (5) Mana-mana orang yang ingkar yang terhadapnya suatu perintah permulaan telah dibuat, atau mana-mana orang yang tersentuh oleh perintah itu, boleh dalam tempoh empat belas hari dari penyerahan perintah itu kepada orang yang ingkar itu, membuat representasi secara bertulis kepada Suruhanjaya memohon untuk mengetepikan perintah itu atas alasan bahawa orang itu tidak melanggar peruntukan yang berhubungan dengannya perintah itu telah dibuat, atau untuk mengubah suai perintah itu atas alasan bahawa adalah dengan adil dan patut untuk mengubah suai perintah itu atas sebab yang hendaklah dinyatakan dalam representasi itu. (6) Suruhanjaya boleh, setelah menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen (5), sama ada mengesahkan, membatalkan atau mengubah perintah permulaan itu mengikut cara yang difikirkannya patut. (7) Jika Suruhanjaya mengesahkan sesuatu perintah permulaan, Suruhanjaya boleh membuat suatu perintah kepada pemegang saham yang baginya perintah permulaan itu terpakai, mengarahkan pemegang itu untuk melupuskan saham itu. (8) Suruhanjaya boleh memberikan apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang berkaitan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 26(5), mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang perlu atau penting untuk memberi kesan kepada mana-mana perintah Suruhanjaya di bawah seksyen ini, atau yang bersampingan, tambahan atau berbangkit daripada perintah itu. (9) Mana-mana transaksi, termasuk mana-mana perjanjian atau perkiraan berhubung dengan mana-mana syer, yang melanggar mana-mana perintah permulaan, atau mana-mana perintah yang disahkan di bawah subseksyen (6), atau mana-mana petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (8), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kesan. (10) Seseorang yang melanggar mana-mana perintah permulaan, mana-mana perintah yang disahkan di bawah subseksyen (6), atau mana-mana petunjuk atau arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (11) Suruhanjaya boleh berpuas hati di bawah subseksyen (1) bahawa peruntukan seksyen 23, 24 atau 25 telah dilanggar oleh mana-mana orang tanpa mengambil kira sama ada atau tidak terdapat apa-apa pendakwaan terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu. Subpenggal 3 — Am

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next