My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 7

Capital Markets and Services Act 2007 s 7

s 7 Establishment of stock markets or futures markets

(1) A person shall not establish, operate or maintain, or assist in establishing, operating or maintaining, or hold himself out as providing, operating or maintaining, a stock market that is not— (a) a stock market of a stock exchange; (b) a stock market of an exchange holding company that is itself approved as a stock exchange; (c) an exempt stock market; or (d) a registered electronic facility under subsection 34(1). (2) A person shall not establish, operate or maintain, or assist in establishing, operating or maintaining, or hold himself out as providing, operating or maintaining, a futures market that is not— (a) a futures market of a futures exchange; (b) a futures market of an exchange holding company that is itself approved as a futures exchange; (c) an exempt futures market; or (d) a registered electronic facility under subsection 34(1). (3) The Minister may, by order published in the Gazette— (a) declare a particular stock market or futures market, or a stock market or futures market included in a particular class of stock markets or futures markets, to be an exempt stock market or exempt futures market for the purposes of this Act subject to such terms and conditions as he thinks reasonable and appropriate after having regard to, among other things,— (i) the types of securities or futures contracts traded or to be traded; (ii) the types of participants; (iii) the types of investors; or (iv) the volume of trading, relating to the particular stock market or futures market, or stock market or futures market included in the particular class of stock markets or futures markets; and (b) revoke any declaration made under paragraph (a) or vary any term or condition as may be specified in the declaration, after having regard to, among other things,— (i) any breach of the terms and conditions specified in the declaration; or (ii) such other matters as the Minister thinks fit. (4) For the purposes of this section, the facilities specified in Schedule 1 that are— (a) established and operated by Bank Negara; or (b) operated by or on behalf of Bank Negara, shall be deemed to be exempted under subsection (3). (5) A person who contravenes subsection (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Penubuhan pasaran saham atau pasaran niaga hadapan

(1) Seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyenggarakan, suatu pasaran saham yang bukannya— (a) pasaran saham suatu bursa saham; (b) pasaran saham suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa saham; (c) suatu pasaran saham terkecuali; atau (d) kemudahan elektronik berdaftar di bawah subseksyen 34(1). (2) Seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyenggarakan, suatu pasaran niaga hadapan yang bukannya— (a) pasaran niaga hadapan suatu bursa niaga hadapan; (b) pasaran niaga hadapan suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu pasaran niaga hadapan; (c) pasaran niaga hadapan terkecuali; atau (d) k e m u d a h a n e l e k t r o n i k b e r d a f t a r d i b a w a h subseksyen 34(1). (3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,— (a) mengisytiharkan suatu pasaran saham atau pasaran niaga hadapan tertentu, atau suatu pasaran saham atau pasaran niaga hadapan yang termasuk dalam suatu kelas pasaran saham atau pasaran niaga hadapan tertentu, sebagai suatu pasaran saham terkecuali atau pasaran niaga hadapan terkecuali bagi maksud Akta ini tertakluk kepada apaapa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya munasabah dan sesuai selepas mengambil kira, antara perkara lain,— (i) jenis sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang didagangkan atau akan didagangkan; (ii) jenis peserta; (iii) jenis pelabur; atau (iv) jumlah perdagangan, yang berhubungan dengan pasaran saham atau pasaran niaga hadapan tertentu itu, atau pasaran saham atau pasaran niaga hadapan yang termasuk dalam kelas pasaran saham atau pasaran niaga hadapan tertentu itu; dan (b) membatalkan mana-mana perisytiharan yang dibuat di bawah perenggan (a) atau mengubah apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, selepas mengambil kira, antara perkara lain,— (i) apa-apa pelanggaran terma dan syarat yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; atau (ii) apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Menteri. (4) Bagi maksud seksyen ini, kemudahan yang ditentukan dalam Jadual 1 yang— (a) ditubuhkan dan dikendalikan oleh Bank Negara; atau (b) dikendalikan oleh atau bagi pihak Bank Negara, hendaklah disifatkan sebagai dikecualikan di bawah subseksyen (3). (5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Penggal 2 Institusi pasaran Subpenggal 1 — Bursa dan syarikat pemegangan bursa

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next