My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 13

Biosafety Act 2007 s 13

s 13 Application for approval

(1) An application for the approval of any release activity, or any importation of living modified organisms, or both shall be submitted to the Director General in the prescribed manner, together with the prescribed fees, and shall be accompanied with— (a) a risk assessment and a risk management report as specified in section 36; (b) an emergency response plan as specified in section 37; and (c) such other information as may be specified by the Board. (2) At any time after receiving an application made under subsection (1), the Director General may require the applicant to provide additional information, particulars or documents within such period as may be specified by the Director General. (3) If any applicant fails to provide any additional information, particulars or documents required under subsection (2), his or its application shall be deemed to have been withdrawn without prejudice to the making of a fresh application.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan

(1) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan apa-apa aktiviti pelepasan, atau apa-apa pengimportan organisma diubah suai yang hidup, atau kedua-duanya hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan, bersama-sama dengan fi yang ditetapkan, dan hendaklah disertakan dengan— (a) suatu laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 36; (b) suatu pelan gerak balas kecemasan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37; dan (c) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga. (2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah. (3) Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next