My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 16

Biosafety Act 2007 s 16

s 16 Approval for release and import

(1) At any time after receiving the recommendations of the Advisory Committee under section 15, the Board may request the applicant to furnish additional information, particulars or documents within such period as may be specified by the Board. (2) If any applicant fails to provide any additional information, particulars or documents required under subsection (1), his or its application shall be deemed to have been withdrawn without prejudice to the making of a fresh application. (3) After having considered the recommendations of the Advisory Committee, the comments of the relevant department or agency referred to in paragraph 14(b), the views of members of the public, if any, referred to in paragraph 14(c), and any additional information, particulars or documents furnished pursuant to a request under subsection (1), the Board may grant the application by issuing a certificate of approval or refuse the application. (4) Where the Board grants an approval, the Board may impose such terms and conditions as the Board thinks fit. (5) The approved person may apply to the Board for the variation of any of the terms and conditions imposed on the approval. (6) The Board may, at any time after approval has been granted, require the approved person to furnish such further information, particulars or documents as the Board thinks fit. (7) Any approved person who contravenes any terms and conditions imposed on the approval or fails to furnish the information, particulars or documents required under subsection (6) commits an offence and shall, on conviction, be liableβ€” (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding four years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kelulusan bagi pelepasan dan import

(1) Pada bila-bila masa selepas menerima syor Jawatankuasa Penasihat di bawah seksyen 15, Lembaga boleh meminta pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga. (2) Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat. (3) Setelah mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat, ulasan jabatan atau agensi yang berkaitan yang disebut dalam perenggan 14(b), pandangan orang ramai, jika ada, yang disebut dalam perenggan 14(c), dan mana-mana maklumat, butir atau dokumen tambahan yang diberikan menurut permintaan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh meluluskan permohonan itu dengan mengeluarkan suatu perakuan kelulusan atau menolak permohonan itu. (4) Jika Lembaga memberikan kelulusan, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (5) Orang yang diluluskan boleh memohon kepada Lembaga bagi mengubah mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu. (6) Lembaga boleh, pada bila-bila masa selepas kelulusan diberikan, menghendaki orang yang diluluskan itu supaya memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (7) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar manamana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu atau gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,β€” (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 678 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next