Biosafety Act 2007 s 17
s 17 Approval to be valid for subsequent release and import
(1) Where an approval has been granted to an approved person for a release activity involving any living modified organisms or products of such organisms or the importation of living modified organisms, such approval shall be valid for the subsequent similar release activity involving the same living modified organisms or products of such organisms or importation involving the same living modified organisms undertaken by such approved person.
(2) The provisions of subsection (1) do not in any way absolve the approved person from complying with other written laws governing the same living modified organisms or products of such organisms.
(3) In this section, “same living modified organisms or products of such organisms” means the living modified organisms or products of such organisms as described in the approval and involving the same transformation event.
Malay text (authoritative)
Kelulusan adalah sah bagi pelepasan dan import yang berikutnya
(1) Jika sesuatu kelulusan telah diberikan kepada orang yang diluluskan bagi suatu aktiviti pelepasan yang melibatkan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian atau pengimportan organisma diubah suai yang hidup, kelulusan itu adalah sah bagi aktiviti pelepasan yang serupa yang berikutnya yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama atau pengimportan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup yang sama yang dijalankan oleh orang yang diluluskan itu.
(2) Peruntukan subseksyen (1) tidak sama sekali membebaskan orang yang diluluskan itu daripada mematuhi undang-undang bertulis
lain yang mengawal organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama.
(3) Dalam seksyen ini, “organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama” ertinya organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang diperihalkan dalam kelulusan dan melibatkan kejadian transformasi yang sama.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).