My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 18

Biosafety Act 2007 s 18

s 18 Review of approval upon obtaining new information

(1) The Board may, in consultation with the Advisory Committee, review any approval at any time upon obtaining new information or evidence on the living modified organisms or products of such organisms in respect of which such approval was granted. (2) If, on review of the approval, the Board is satisfied that there is a risk posed to human, plant or animal health, the environment or biological diversity, the Board may take any of the following actions: (a) revoke the approval; (b) make a temporary cessation order; (c) impose additional terms and conditions; (d) order the approved person to make rectifications; or (e) make any other order as the Board thinks fit in the interest of biosafety. (3) Where the Board revokes an approval, the approved person shall cease all activities involving the living modified organisms and products of such organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the revocation, surrender the certificate of approval to the Board. (4) Where the Board makes a temporary cessation order, the approved person shall cease all activities involving the living modified organisms and products of such organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the cessation order, surrender the certificate of approval to the Board and the Board shall endorse the fact and duration of the temporary cessation on the certificate of approval and return the certificate to the approved person. (5) Where the Board imposes any additional terms and conditions the approved person shall, within seven days of the notification of the imposition of the additional terms and conditions, surrender the certificate of approval to the Board and the Board shall endorse such additional terms and conditions on the certificate of approval and return the certificate to the approved person. (6) Any approved person who contravenes any order made by the Board under subsection (2) or contravenes subsection (3), (4) or (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kajian semula kelulusan apabila mendapat maklumat baru

(1) Lembaga boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Penasihat, mengkaji semula mana-mana kelulusan pada bila-bila masa apabila mendapat maklumat atau keterangan baru tentang organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang berkenaan dengannya kelulusan itu diberikan. (2) Jika, apabila mengkaji semula kelulusan, Lembaga berpuas hati bahawa terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil mana-mana tindakan yang berikut: (a) membatalkan kelulusan itu; (b) membuat perintah pemberhentian sementara; (c) mengenakan terma dan syarat tambahan; (d) memerintahkan orang yang diluluskan untuk membuat pembetulan; atau (e) membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan. (3) Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga. (4) Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan. (5) Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan. (6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next