My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 19

Biosafety Act 2007 s 19

s 19 Circumstances where Board may make further order on approval

(1) Notwithstanding the power of the Board to take any action under subsection 18(2), the Board may revoke the approval, make a temporary cessation order, impose any additional terms and conditions, order the approved person to make rectifications, or make any other order as the Board thinks fit in the interest of biosafety in the following circumstances: (a) where there is a risk posed to human, plant or animal health, the environment or biological diversity; (b) where the approved person fails to comply with any terms and conditions imposed on the approval; (c) where the approved person fails to comply with any order made by the Board; (d) where the approved person has contravened any of the provisions of this Act or any regulations made under this Act, whether or not prosecution has been instituted against him; or (e) where the approved person has been convicted of an offence under this Act or any regulations made under this Act. (2) Where the Board revokes an approval, the approved person shall cease all activities involving the living modified organisms and products of such organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the revocation, surrender the certificate of approval to the Board. (3) Where the Board makes a temporary cessation order, the approved person shall cease all activities involving the living modified organisms and products of such organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the cessation order, surrender the certificate of approval to the Board and the Board shall endorse the fact and duration of the temporary cessation on the certificate of approval and return the certificate to the approved person. (4) Where the Board imposes any additional terms and conditions the approved person shall, within seven days of the notification of the imposition of the additional terms and conditions, surrender the certificate of approval to the Board and the Board shall endorse such additional terms and conditions on the certificate of approval and return the certificate to the approved person. (5) Any approved person who contravenes any order made by the Board under subsection (1) or contravenes subsection (2), (3) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liableβ€” (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Hal keadaan yang Lembaga boleh membuat perintah selanjutnya apabila diluluskan

(1) Walau apa pun kuasa Lembaga untuk mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen 18(2), Lembaga boleh membatalkan kelulusan, membuat perintah pemberhentian sementara, mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, memerintahkan orang yang diluluskan untuk membuat pembetulan, atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut demi kepentingan biokeselamatan oleh Lembaga dalam hal keadaan yang berikut: (a) jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi; (b) jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu; (c) jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga; (d) jika orang yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan terhadapnya; atau (e) jika orang yang diluluskan itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga. (3) Jika Lembaga membuat suatu perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan. (4) Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan. (5) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar manamana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,β€” (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 678 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next