s 61 Application for self-accreditation status on invitation
(1) Upon an invitation of the Minister, an application by a higher education provider for self-accreditation status may be made to the Agency on his invitation to do so in such form and manner as may be prescribed.
(2) The Agency, after having considered an application under subsection (1) and conducted an institutional audit, may grant the application and issue a certificate of self-accreditation status to the higher education provider upon payment of the prescribed fees.
(3) The Agency may, at the time of or at any time after issuing a certificate of self-accreditation status under subsection (2), impose such conditions as it may deem necessary or expedient and may vary, amend or revoke any such conditions or impose new or additional conditions from time to time.
(4) This Chapter does not apply to any professional programme or professional qualification referred to in Chapter 2.
Malay text (authoritative)
Permohonan bagi status swaakreditasi atas undangan
(1) Atas undangan Menteri, suatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi status swaakreditasi boleh dibuat kepada Agensi atas undangannya untuk berbuat demikian mengikut apaapa bentuk dan cara yang ditetapkan.
(2) Agensi, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) dan menjalankan audit institusi, boleh membenarkan permohonan itu dan mengeluarkan perakuan status swaakreditasi kepada pemberi pendidikan tinggi itu selepas dibayar fi yang ditetapkan.
(3) Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan perakuan status swaakreditasi di bawah subseksyen (2), mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.
(4) Bab ini tidak terpakai bagi apa-apa program profesional atau kelayakan profesional yang disebut dalam Bab 2.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).