My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 30

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 30

s 30 Power to examine persons

(1) An officer of the Commission investigating an offence under this Act may— (a) order any person to attend before him for the purpose of being examined orally in relation to any matter which may, in his opinion, assist in the investigation into the offence; (b) order any person, to produce before him, within the time specified by such officer, any book, document, records, accounts or computerized data, or any certified copy thereof, or any other article which may, in his opinion, assist in the investigation into the offence; (c) by written notice order any person to furnish a statement in writing made on oath or affirmation setting out therein all such information which may be required under the notice, being information which, in such officer’s opinion, would be of assistance in the investigation into the offence, within the time specified by such officer; and (d) order any person to attend before him for the purpose of having his handwriting or voice sample taken. (2) Paragraph (1)(b) shall not apply to banker’s books. (3) A person to whom an order has been given under paragraph (1)(a) shall— (a) attend in accordance with the terms of the order to be examined, and shall continue to attend from day to day where so directed until the examination is completed; and (b) during such examination, disclose all information which is within his knowledge, or which is available to him, in respect of the matter in relation to which he is being examined, and answer any question put to him truthfully and to the best of his knowledge and belief, and shall not refuse to answer any question on the ground that it tends to incriminate him or his spouse. (4) A person to whom an order has been given under paragraph (1)(b) shall not conceal, destroy, alter, remove from Malaysia, or deal with, expend, or dispose of, any book, document, record, account or computerized data, or article specified in the order, or alter or deface any entry in any such book, document, record, account or computerized data or cause such act to be done, or assist or conspire to do such act. (5) A person to whom a written notice has been given under paragraph (1)(c) shall, in his statement, furnish and disclose truthfully all information required under the notice which is within his knowledge, or which is available to him, and shall not refuse to furnish or disclose the information on the ground that it tends to incriminate him or his spouse. (6) A person to whom an order or a notice is given under subsection (1) shall comply with such order or notice and with subsections (3), (4) and (5), notwithstanding any written law or rule of law to the contrary. (7) (Deleted by Act A1567). (8) A statement of a person examined under paragraph (1)(a) shall be recorded in writing by any officer of the Commission and the statement so recorded shall be read to and signed by the person, and where such person refuses to sign the record, the officer shall endorse thereon under his hand the fact of such refusal and the reasons therefor, if any, stated by the person examined. (9) The record of an examination under paragraph (1)(a), or a written statement on oath or affirmation made pursuant to paragraph 1(c), or any book, document, record, account or computerized data, or article produced under paragraph (1)(b) or otherwise in the course of an examination under paragraph (1)(a), or under a written statement on oath or affirmation made pursuant to paragraph (1)(c), or record of examination of sample taken under paragraph (1)(d) shall, notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, be admissible in evidence in any proceedings in any court— (a) for an offence under this Act; or (b) for the forfeiture of property pursuant to section 40 or 41, regardless whether such proceedings are against the person who was examined, or who produced the book, document, record, account or computerized data, or article, or who made the written statement on oath or affirmation, or against any other person. (10) Any person who contravenes this section commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memeriksa orang

(1) Seseorang pegawai Suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh— (a) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; (b) memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer, atau apa-apa salinan diperakuinya, atau apa-apa benda lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh pegawai itu; (c) dengan notis bertulis mengarahkan mana-mana orang supaya memberikan pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh yang dinyatakan oleh pegawai itu; dan (d) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi tujuan diambil sampel tulisan tangannya atau sampel suaranya. (2) Perenggan (1)(b) tidaklah terpakai bagi buku jurubank. (3) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) hendaklah— (a) hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan (b) semasa pemeriksaan itu, mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia diperiksa, dan menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah. (4) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer, atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu. (5) Seseorang yang telah diberi suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang diketahuinya atau yang tersedia untuknya, dan tidak boleh enggan memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah. (6) Seseorang yang telah diberi suatu perintah atau notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu, dan subseksyen (3), (4) dan (5), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan. (7) (Dipotong oleh Akta A1567). (8) Suatu pernyataan seseorang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. (9) Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer, atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau di bawah suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau rekod pemeriksaan sampel yang diambil di bawah perenggan (1)(d) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah— (a) bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) bagi pelucuthakan harta menurut seksyen 40 atau 41, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen, rekod, akaun atau data komputer, atau barang itu, atau yang membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain. (10) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next