My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 31

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 31

s 31 Power of search and seizure

(1) Whenever it appears to the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Chief Senior Assistant Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor upon information, and after such inquiry as he thinks necessary, that there is reasonable cause to suspect that in any place there is any evidence of the commission of an offence under this Act, he may by written order direct an officer of the Commission to— (a) enter any premises and there search for, seize and take possession of, any book, document, record, account or data, or other article; (b) inspect, make copies of, or take extracts from, any book, document, record, account or data; (c) search any person who is in or on such premises, and for the purpose of such search detain such person and remove him to such place as may be necessary to facilitate such search, and seize and detain any article found on such person; (d) break open, examine, and search any article, container or receptacle; or (e) stop, search, and seize any conveyance. (2) Whenever it is necessary so to do, an officer of the Commission exercising any power under subsection (1) may— (a) break open any outer or inner door or window of any premises and enter thereinto, or otherwise forcibly enter the premises and every part thereof; (b) remove by force any obstruction to such entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect; or (c) detain any person found in or on any premises, or in any conveyance, searched under subsection (1), until such premises or conveyance has been searched. (3) Whenever it appears to an officer of the Commission that there is reasonable cause to suspect that there is concealed or deposited in any place any evidence of the commission of any offence under this Act and such officer has reasonable grounds for believing that, by reason of delay in obtaining a written order of the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Chief Senior Assistant Commissioner or above under subsection (1), the object of the search is likely to be frustrated, he may exercise in and in respect of such place, all the powers mentioned in subsections (1) and (2) as if he were directed to do so by an order issued under subsection (1). (4) No person shall be searched under this section except by a person who is of the same gender as the person to be searched.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah dan menyita

(1) Bilamana ternyata pada Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya, berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di mana-mana tempat ada apa-apa keterangan tentang pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dengan perintah bertulis mengarahkan seseorang pegawai Suruhanjaya supaya— (a) memasuki mana-mana premis dan di situ mencari, menyita dan mengambil milik apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data, atau barang lain; (b) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data; (c) memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa barang yang dijumpai pada orang itu; (d) memecah buka, meneliti dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau bejana; atau (e) memberhentikan, menggeledah dan menyita apa-apa pengangkut. (2) Bilamana perlu berbuat demikian, seseorang pegawai Suruhanjaya yang menjalankan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (1) boleh— (a) memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalamnya, atau selainnya masuk dengan kekerasan ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (c) menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam atau di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana pengangkut, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau pengangkut itu selesai digeledah. (3) Bilamana didapati oleh seseorang pegawai Suruhanjaya bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada tersembunyi atau disimpan di mana-mana tempat apa-apa keterangan pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh perintah bertulis Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1), matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh menjalankan, di dalam dan berkenaan dengan tempat itu, segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) dan (2) seolah-olah dia telah diarahkan supaya berbuat demikian oleh perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). (4) Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh orang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next