My bookmarksSign up free
← Strategic Trade Act 2010

Strategic Trade Act 2010 s 43

Sections 58–59 were repealed by later amendments.

s 43 Forfeiture of strategic items and unlisted items when there is no prosecution

(1) Where there is no prosecution or conviction in respect of any strategic items or unlisted items together with any container, package, conveyance or other article in which the strategic items or unlisted items are stored, kept or found, record, book, account, document or computerized data seized in the exercise of any power conferred under this Act, such items shall be held for the period of one calendar month from the date of seizure and at the end of that period shall be deemed forfeited, unless a written claim thereto is received within such period. (2) A person asserting that he is the owner of any strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents or computerized data seized under this Act and that the strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents, or computerized data are not liable to forfeiture may personally or by his agent authorized in writing by him, give written notice to the authorized officer who made the seizure of his claim. (3) On receipt of the written claim under subsection (2), the authorized officer shall refer the matter to the Sessions Court for decision. (4) The Court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents or computerized data and the person from whom they were seized to appear before the court and upon their appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the court shall proceed to the examination of the matter, and on proof that an offence under this Act has been committed and that such strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents or computerized data were the subject matter of or were used in the commission of such offence, shall order that the strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents or computerized data be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of such strategic items, unlisted items, container, package, conveyance, article, records, books, accounts, documents or computerized data to the person entitled to them.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan barang strategik dan barang tidak tersenarai apabila tiada pendakwaan

(1) Jika tiada pendakwaan atau sabitan berkenaan dengan apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, barang itu hendaklah dipegang bagi tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan dan di akhir tempoh itu hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan, melainkan jika suatu tuntutan secara bertulis baginya diterima dalam tempoh itu. (2) Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya manamana barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai tuntutannya. (3) Apabila suatu notis di bawah subsekyen (2) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Sesyen untuk diputuskan. (4) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan mahkamah dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak kepadanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 708 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 4 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next