s 153 Surcharge
(1) Notwithstanding the payment of any fee, premium or levy in respect of stabilisation coverage, the Corporation may assess and collect a surcharge under this Part from a prescribed person for any act or omission as specified under subsection (3).
(2) The surcharge under subsection (1) in any particular year shall not exceed–
(a) the fee, premium or levy payable by the prescribed person in respect of the stabilisation coverage for the preceding year; or
(b) an amount of one million ringgit,
whichever is higher.
(3) Where in the opinion of the Corporation, the prescribed person—
(a) (Deleted by Act A1505);
(b) has failed or fails to comply with the terms and conditions of the membership, any undertaking given to or agreement made with the Corporation, or any regulations, rules, orders, by-laws, notifications, directives, guidelines, circulars or notes of the Corporation in respect of stabilisation coverage;
(c) has failed or fails to comply with a request for information or has restricted access to information by the Corporation, Bank Negara Malaysia or any person acting on behalf of the Corporation, under this Act; or
(d) has failed or fails to maintain proper deposit or takaful or insurance benefit records or has misrepresented, whether by act or omission, any information, including information on insured deposits, protected benefit liabilities, net contribution or net premiums used as a basis for the
assessment of any fee, premium or levy in respect of the stabilisation coverage,
the Corporation shall—
(A) if it proposes to impose a surcharge on the prescribed person, consult Bank Negara Malaysia on the reasons for imposing a surcharge and the amount of the surcharge; and
(B) give the prescribed person an opportunity to make representations to the Corporation on any proposed surcharge within seven days from the date of a written notice issued by the Corporation to the prescribed person.
(4) Where the Corporation receives representations from a prescribed person within the time period stipulated in paragraph (3)(B), the Corporation shall consider those representations in deciding whether to impose a surcharge and, if so, deciding on the amount of the surcharge.
(5) Where the Corporation decides to impose a surcharge, the Corporation shall obtain the written approval of the Minister before imposing the surcharge on the prescribed person.
(6) A surcharge shall be imposed by the Corporation by notice in writing to the prescribed person and shall be payable to the Corporation within thirty days from the date of such notice or such other period as may be specified by the Corporation.
(7) Any opinion formed or decision made by the Corporation relating to the imposition or the amount of any surcharge in respect of any prescribed person shall be final and binding.
(8) A surcharge paid to the Corporation under this section shall be paid into and form part of the Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Surcaj
(1) Walau apa pun bayaran apa-apa fi, premium atau levi berkenaan dengan perlindungan penstabilan, Perbadanan boleh
mentaksirkan dan memungut suatu surcaj di bawah Bahagian ini daripada orang yang ditetapkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dinyatakan di bawah subseksyen (3).
(2) Surcaj di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun tertentu tidak boleh melebihi—
(a) fi, premium atau levi yang kena dibayar oleh orang yang ditetapkan berkenaan dengan perlindungan penstabilan bagi tahun yang sebelumnya; atau
(b) sejumlah satu juta ringgit,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
(3) Jika pada pendapat Perbadanan, orang yang ditetapkan—
(a) (Dipotong oleh Akta A1505);
(b) telah tidak atau tidak mematuhi terma dan syarat keanggotaan, mana-mana aku janji yang diberikan kepada atau perjanjian yang dibuat dengan Perbadanan, atau mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota Perbadanan berkenaan dengan perlindungan penstabilan;
(c) telah tidak atau tidak mematuhi permintaan bagi mendapatkan maklumat atau telah menyekat hak untuk mendapatkan akses kepada maklumat oleh Perbadanan, Bank Negara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau
(d) telah tidak atau tidak menyenggara rekod deposit atau manfaat takaful atau insurans dengan sepatutnya atau membuat salah nyataan, melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan, mengenai apa-apa maklumat, termasuk maklumat mengenai deposit diinsuranskan, liabiliti manfaat dilindungi, sumbangan bersih atau premium bersih yang
digunakan sebagai suatu asas bagi pentaksiran apa-apa fi, premium atau levi berkenaan dengan perlindungan penstabilan,
Perbadanan hendaklah—
(A) jika ia bercadang untuk mengenakan surcaj ke atas orang yang ditetapkan itu, berunding dengan Bank Negara Malaysia tentang alasan untuk mengenakan suatu surcaj dan amaun surcaj itu; dan
(B) memberi orang yang ditetapkan itu peluang untuk membuat representasi kepada Perbadanan tentang apa-apa cadangan surcaj dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Perbadanan kepada orang yang ditetapkan itu.
(4) Jika Perbadanan menerima representasi daripada orang yang ditetapkan itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (3)(B), Perbadanan hendaklah menimbangkan representasi itu dalam memutuskan sama ada untuk mengenakan suatu surcaj dan, jika mengenakan, memutuskan amaun surcaj itu.
(5) Jika Perbadanan memutuskan untuk mengenakan suatu surcaj, Perbadanan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Menteri sebelum mengenakan surcaj itu ke atas orang yang ditetapkan itu.
(6) Suatu surcaj hendaklah dikenakan oleh Perbadanan melalui notis bertulis kepada orang yang ditetapkan itu dan hendaklah kena dibayar kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7) Apa-apa pendapat yang dibentuk atau keputusan yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubungan dengan pengenaan atau amaun apa-apa surcaj berkenaan dengan mana-mana orang yang ditetapkan adalah muktamad dan mengikat.
(8) Suatu surcaj yang dibayar kepada Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Text as at 21 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).