s 27 Removal of name by reason of physical or mental infirmity
(1) Without prejudice to paragraph 25(1)(c), the Council may order the name of any registered food analyst to be removed from the Register if the Council is satisfied that the registered food analyst is incapable, by reason of physical or mental infirmity, of carrying out duties as a food analyst.
(2) For the purpose of satisfying itself that any registered food analyst is incapable, by reason of physical or mental infirmity, of carrying out his duties, the Council shall appoint a Medical Review Committee which shall consist of not less than two medical practitioners and one food analyst appointed by the Council to inquire into each case and to make such recommendations as the Committee deems proper.
Malay text (authoritative)
Pemotongan nama oleh sebab kelemahan fizikal atau mental
(1) Tanpa menjejaskan perenggan 25(1)(c), Majlis boleh mengarahkan supaya nama mana-mana juruanalisis makanan berdaftar dipotong dari Daftar jika Majlis itu berpuas hati bahawa juruanalisis makanan berdaftar itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang juruanalisis makanan.
(2) Bagi maksud untuk memuaskan hatinya bahawa mana-mana juruanalisis makanan berdaftar tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya, Majlis itu boleh melantik suatu Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan dan seorang juruanalisis makanan yang dilantik oleh Majlis itu bagi menyiasat setiap kes dan membuat syor sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).