(1) A person making an application or furnishing any information under this Act may apply to the Authority for confidentiality of any particular
information relating to the application or furnishing of information, as the case may be.
(2) The Authority may grant confidentiality based on the criteria under subsection (3), and where confidentiality is granted, such information shall not be made public.
(3) The Authority shall consider the claim for confidentiality according to the following criteria:
(a) that the information is not known generally among, or readily accessible to, persons within the circle that normally deals with the kind of information sought to be made confidential;
(b) that the information has commercial value;
(c) that reasonable steps have been taken to keep the information secret; and
(d) that the disclosure of the information will harm the competitive position of the person in a manner contrary to honest commercial practice.
(4) The Authority shall have the power to revoke the confidentiality granted in whole or in part in the interest of public health.
Malay text (authoritative)
Maklumat sulit perniagaan
(1) Seseorang yang membuat sesuatu permohonan atau memberikan apa-apa maklumat di bawah Akta ini boleh memohon kepada Pihak Berkuasa bagi kerahsiaan apa-apa maklumat tertentu yang berhubungan dengan permohonan atau pemberian maklumat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Pihak Berkuasa boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria di bawah subseksyen (3), dan jika kerahsiaan dibenarkan, maklumat itu tidak boleh didedahkan kepada umum.
(3) Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut:
(a) bahawa maklumat itu tidak diketahui secara umum di kalangan, atau tidak tersedia untuk diakses oleh, orang dalam kelompok yang lazimnya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia itu;
(b) bahawa maklumat itu mempunyai nilai komersial;
(c) bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk memastikan maklumat itu sulit; dan
(d) bahawa penzahiran maklumat itu akan memudaratkan kedudukan persaingan orang itu dengan cara yang berlawanan dengan amalan komersial yang jujur.
(4) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan kerahsiaan yang dibenarkan keseluruhannya atau sebahagiannya demi kepentingan kesihatan awam.
Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).