s 33 Limitation of liability in universal service licensee’s general terms and conditions
(1) The general terms and conditions of a universal service licensee shall contain limitation from liability provisions setting out limits as to the maximum indemnities payable for loss of or damage to postal articles as approved by the Commission under section 32.
(2) Any limitation from liability contained in the general terms and conditions shall be a defence against any prosecution, action or proceedings of any nature, whether in court or otherwise, taken against the universal service licensee and shall effectively limit the liability of the universal service licensee to that extent.
(3) Notwithstanding subsection (2), if a universal service licensee has agreed contractually with another party on the limitation of liability provisions, that contractual terms and conditions shall prevail.
Malay text (authoritative)
Had liabiliti dalam terma dan syarat am pemegang lesen perkhidmatan sejagat
(1) Terma dan syarat am pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengandungi peruntukan had daripada liabiliti yang menyatakan had mengenai indemniti maksima yang kena dibayar bagi kehilangan atau kerosakan kepada barang pos sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32.
(2) Apa-apa had daripada liabiliti yang terkandung di dalam terma dan syarat am hendaklah menjadi pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa sifat, sama ada di mahkamah atau sebaliknya, diambil terhadap pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan hendaklah secara berkesannya mengehadkan liabiliti pemegang lesen perkhidmatan sejagat setakat itu.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah bersetuju secara kontrak dengan pihak lain mengenai peruntukan had daripada liabiliti, terma dan syarat berkontrak tersebut hendaklah mengatasi.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).