My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 103

Strata Management Act 2013 s 103

s 103 Members, terms of office and allowances

(1) The Tribunal shall consist of the following members who shall be appointed by the Minister: (a) a Chairman and a Deputy Chairman to be appointed from among the members of the Judicial and Legal Service; and (b) not less than twenty other members to be appointed from amongβ€” (i) the persons who are members of or who have held office in the Judicial and Legal Service; or (ii) the person who are admitted as advocates and solicitors under the Legal Profession Act 1976 [Act 166], the Advocates Ordinance of Sabah [Sabah Cap. 2] or the Advocates Ordinance of Sarawak [Sarawak Cap. 110], and who has not less than seven years’ standing. (2) Where the Chairman is for any reason unable to perform his functions or during any period of vacancy in the office of the Chairman, the Deputy Chairman shall perform the functions of the Chairman. (3) The member referred to in paragraph (1)(b) shall hold office for a term not exceeding three years and shall be eligible for reappointment upon the expiry of his term of office. (4) A member of the Tribunal appointed under paragraph (1)(b) may at any time resign his office by giving three months’ written notice to the Minister. (5) The Minister may at any time revoke the appointment of a member of the Tribunal referred to in paragraph (1)(b) and fill any vacancy in its membership. (6) The Chairman and the Deputy Chairman shall be paid such fixed allowances and other allowances as the Minister may determine. (7) The members of the Tribunal appointed under paragraph (1)(b) shall be paid a daily sitting allowance during the sitting of the Tribunal and such lodging, travelling and subsistence allowances as the Minister may determine.

Malay text (authoritative)

Anggota, tempoh jawatan dan elaun

(1) Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; dan (b) tidak kurang daripada dua puluh orang anggota lain yang hendaklah dilantik daripada kalanganβ€” (i) orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau (ii) orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang- Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh tahun. (2) Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi. (3) Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya. (4) Seseorang anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan tiga bulan notis bertulis kepada Menteri. (5) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan seseorang anggota Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan mengisi apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya. (6) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dibayar apaapa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (7) Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) hendaklah dibayar elaun bersidang harian semasa persidangan Tribunal dan apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 2 β†’

Find Act 757 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next