Strata Management Act 2013 s 13
s 13 Prohibition on collection of moneys before accounts are opened
(1) No person shall at any time collect any Charge, or contribution to the sinking fund from any purchaser for the maintenance and management of any building or land intended for subdivision into parcels and the common property unless—
(a) a maintenance account and a sinking fund account have been opened in respect of the development area; and
(b) vacant possession of the parcel purchased by the purchaser has been delivered to the purchaser.
(2) Notwithstanding subsection (1), any developer of a development area which has been completed on or before the commencement of this Act and has, immediately before that date, been collecting moneys from the purchasers for the maintenance and
management of any building or land intended for subdivision into parcels and the common property comprised in the development area, may continue to do so until the joint management body is established, provided that all moneys shall be collected and dealt with by the developer in accordance with this Act.
(3) Any person who fails to comply with subsection (1) or
(2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Larangan pemungutan wang sebelum akaun dibuka
(1) Tiada seorang pun boleh pada bila-bila masa memungut apa-apa Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada mana-mana pembeli bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama melainkan jika—
(a) suatu akaun penyenggaraan dan suatu akaun kumpulan wang penjelas telah dibuka berkenaan dengan kawasan pemajuan itu; dan
(b) milikan kosong petak yang dibeli oleh pembeli telah diserahkan kepada pembeli itu.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana pemaju sesuatu kawasan pemajuan yang telah disiapkan pada atau sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah, sebaik sebelum tarikh itu, memungut wang daripada pembeli bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu, boleh terus berbuat demikian sehingga badan pengurusan bersama ditubuhkan, dengan syarat bahawa semua wang hendaklah dipungut dan diuruskan oleh pemaju mengikut Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →
Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).