My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 15

Strata Management Act 2013 s 15

s 15 Handing over by developer to the joint management body

(1) A developer shall, before the developer’s management period expires— (a) transfer all balances of moneys in the maintenance account and the sinking fund account, after payment of all the expenditure which have been properly charged to the accounts, to the joint management body; (b) hand over to the joint management body— (i) the administration office set up by the developer under paragraph 9(4)(a); (ii) the audited accounts of the maintenance account and the sinking fund account or, if such accounts have not been audited, the unaudited accounts; (iii) all the assets of the development area; (iv) all records relating to and necessary for the maintenance and management of the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property of the development area; and (v) all invoices, receipts and payment vouchers in respect of the maintenance account and sinking fund account. (2) If only unaudited accounts have been handed over under subparagraph (1)(b)(ii), the developer shall, not more than three months after the expiry of the developer’s management period, hand over to the joint management body the audited accounts up to the date of transfer of the balances of moneys referred to in paragraph (1)(a). (3) Without prejudice to the generality of subparagraph (1)(b)(iv), the developer shall deliver to the joint management body copies of all of the following documents: (a) all approved plans for buildings or lands intended for subdivision into parcels relating to the development area; (b) any document in the developer’s possession that indicates, as far as practicable, the actual location of any pipe, wire, cable, chute, duct or other facility for the passage or provision of systems or services, if the developer has reason to believe that the pipe, wire, cable, chute, duct or other facility is not located as shown on an approved plan or an approved amended plan; (c) all contracts entered into by the developer in respect of the maintenance or management of any building or land intended for subdivision into parcels and the common property comprised in the development area; (d) a copy of the schedule of parcels or the amended schedule of parcels filed with the Commissioner under subsection 6(1) or (2), if applicable, or a copy of the proposed strata plan filed with the Director under the provisions of the Strata Titles Act 1985, if any; (e) the names and addresses of such contractors, subcontractors and persons who supplied labour or materials to the development area during the construction of any building or land intended for subdivision into parcels and the common property comprised in the development area; (f) all warranties, manuals, schematic drawings, operating instructions, service guides, manufacturer’s documentation and other similar information in respect of the construction, installation, operation, maintenance, repair and servicing of any common property, including any warranty or information provided to the developer by any person referred to in paragraph (e); (g) the register of all parcel owners of the buildings or lands intended for subdivision into parcels; and (h) the original copy of all insurance policies effected under this Act. (4) Any developer who fails to comply with subsection (1), (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding five thousand ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Penyerahan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama

(1) Pemaju hendaklah, sebelum habis tempoh pengurusan pemaju— (a) memindahkan semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, selepas pembayaran semua perbelanjaan yang telah dipertanggungkan pada akaun itu dengan sepatutnya, kepada badan pengurusan bersama; (b) menyerahkan kepada badan pengurusan bersama— (i) pejabat pentadbiran yang ditubuhkan oleh pemaju di bawah perenggan 9(4)(a); (ii) akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit itu; (iii) semua aset bagi kawasan pemajuan itu; (iv) semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama bagi kawasan pemajuan itu; dan (v) semua invois, resit dan baucer pembayaran berkenaan dengan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas. (2) Jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (1)(b)(ii), pemaju hendaklah, tidak lebih daripada tiga bulan selepas habis tempoh pengurusan pemaju, menyerahkan kepada badan pengurusan bersama itu akaun teraudit sehingga tarikh pemindahan baki wang yang disebut dalam perenggan (1)(a). (3) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1)(b)(iv), pemaju hendaklah menyerahkan kepada badan pengurusan bersama salinan bagi semua dokumen yang berikut: (a) semua pelan yang diluluskan bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petakpetak yang berhubungan dengan kawasan pemajuan; (b) apa-apa dokumen dalam milikan pemaju yang menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, lokasi sebenar apa-apa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain bagi laluan atau penyediaan sistem atau perkhidmatan, jika pemaju itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain itu tidak terletak sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan atau pelan dipinda yang diluluskan; (c) semua kontrak yang dibuat oleh pemaju berkenaan dengan penyenggaraan atau pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan; (d) suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen 6(1) atau (2), jika terpakai, atau suatu salinan pelan strata yang dicadangkan yang difailkan dengan Pengarah di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985, jika ada; (e) nama dan alamat mana-mana kontraktor, subkontraktor dan orang yang membekalkan tenaga kerja atau bahan-bahan bagi kawasan pemajuan semasa pembinaan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan; (f) semua waranti, manual, lukisan skematik, arahan operasi, panduan perkhidmatan, dokumentasi pembuat dan maklumat serupa yang lain berkenaan dengan pembinaan, pemasangan, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan dan servis mana-mana harta bersama, termasuk apa-apa waranti atau maklumat yang diberikan kepada pemaju oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (e); (g) daftar semua pemunya petak bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petakpetak; dan (h) salinan asal semua polisi insurans yang diambil di bawah Akta ini. (4) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next