My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 22

Strata Management Act 2013 s 22

s 22 Joint management committee

(1) A joint management body shall elect a joint management committee which shall, subject to any restriction imposed or direction given by the joint management body at a general meeting, perform the joint management body’s duties and conduct the joint management body’s business on its behalf, and may for that purpose exercise any of the powers of the joint management body. (2) The provisions of the Second Schedule shall apply to the joint management body and the joint management committee with modifications, including the following: (a) a reference to the “management corporation” shall be construed as a reference to the joint management body; (b) a reference to the “management committee” shall be construed as a reference to the joint management committee; (c) a reference to the “proprietors” shall be construed as a reference to the parcel owners; (d) a reference to the “share units” shall be construed as a reference to the allocated share units; (e) the constitution of the joint management body and the joint management committee shall include the developer; (f) at any general meeting, including the first annual general meeting, and for the purpose of determining the quorum, the developer shall be considered as one person, regardless of the number of parcels in the development area which have not been sold; and (g) at any general meeting, including the first annual general meeting, and for the purpose of determining voting rights, the developer, in respect of the parcels in the development area which have not been sold, shall have the same voting rights as that of a purchaser.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa pengurusan bersama

(1) Badan pengurusan bersama hendaklah memilih jawatankuasa pengurusan bersama yang hendaklah, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh badan pengurusan bersama itu pada mesyuarat agung, melaksanakan kewajipan badan pengurusan bersama itu dan menjalankan urusan badan pengurusan bersama itu bagi pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan apa-apa kuasa badan pengurusan bersama itu. (2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama dengan ubah suaian, termasuklah yang berikut: (a) sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai badan pengurusan bersama itu; (b) sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan bersama; (c) sebutan mengenai “pemilik” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pemunya petak; (d) sebutan mengenai “unit syer” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai unit syer yang diumpukkan; (e) penubuhan badan pengurusan bersama dan jawatankuasa pengurusan bersama hendaklah termasuk pemaju; (f) pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan kuorum, pemaju hendaklah dikira sebagai satu orang, tanpa mengira bilangan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual; dan (g) pada mana-mana mesyuarat agung, termasuk mesyuarat agung tahunan pertama, dan bagi maksud menentukan hak mengundi, pemaju, berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, hendaklah mempunyai hak mengundi yang sama sebagaimana hak mengundi seseorang pembeli.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next