My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 23

Strata Management Act 2013 s 23

s 23 Joint management body to establish maintenance account

(1) A joint management body shall open and maintain a maintenance account with a bank or financial institution for the purposes specified in subsection (3). (2) The maintenance account shall be administered and controlled by the joint management body and shall consist of— (a) all balances of moneys in the maintenance account transferred by the developer to the joint management body under paragraph 15(1)(a); (b) all or any part of the Charges imposed by or payable to the joint management body under this Act; (c) all moneys derived from the lease, rent or use of any property which may be lawfully charged by the joint management body; (d) all other moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the joint management body in respect of any matter incidental to its functions and powers; and (e) all other moneys lawfully received by the joint management body, including interest, donation and trust. (3) The maintenance account referred to in subsection (1) shall be used solely for the purpose of meeting the actual or expected general or regular expenditure necessary in respect of the following matters: (a) maintaining the common property in good condition on a day-to-day basis; (b) paying for the expenses incurred in providing cleaning services for the common property, security services and amenities for the occupiers of the building; (c) paying any premiums for the insurance effected under this Act or any other insurance approved by a special resolution in a general meeting; (d) complying with any notice or order given or made by the local authority in respect of periodical inspection of any building in the development area in the manner as specified in the Street, Drainage and Building Act 1974; (e) minor painting works on the premises of the common property; (f) carrying out inspection of all electrical wiring systems of the common property and replacing or repairing any faulty wiring systems, if any; (g) carrying out inspection, maintenance and repair of the main water tanks; (h) paying rent and rates, if any; (i) paying any fee incurred for the auditing of the accounts required to be maintained by the joint management body under this Act; (j) paying all charges reasonably incurred for the administration of the accounts required to be maintained by the joint management body under this Act as may be determined by the Commissioner; (k) paying the remuneration or fees for the managing agent appointed under Part VI; (l) paying for the allowances and other expenses of the members of the joint management body and members of the joint management committee according to such rates as may be approved by the Commissioner; (m) paying any expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of services, including the engagement of consultants, legal fees or costs and other fees and costs, properly incurred or accepted by the joint management body in the performance of its functions and the exercise of its power under this Act; or (n) meeting other expenses of a general or regular nature relating to the maintenance and management of the building or land intended for subdivision into parcels and the common property.

Malay text (authoritative)

Badan pengurusan bersama hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan

(1) Badan pengurusan bersama hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu akaun penyenggaraan dengan suatu bank atau institusi kewangan bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (3). (2) Akaun penyenggaraan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh badan pengurusan bersama dan hendaklah terdiri daripada— (a) semua baki wang dalam akaun penyenggaraan yang dipindahkan oleh pemaju kepada badan pengurusan bersama itu di bawah perenggan 15(1)(a); (b) semua atau mana-mana bahagian Caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada badan pengurusan bersama itu di bawah Akta ini; (c) semua wang yang diperoleh daripada pajakan, sewa atau penggunaan mana-mana harta yang boleh dicaj dengan sah oleh badan pengurusan bersama itu; (d) semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apaapa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada badan pengurusan bersama itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan (e) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh badan pengurusan bersama itu, termasuk bunga, derma dan amanah. (3) Akaun penyenggaraan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut: (a) menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari; (b) membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan; (c) membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh suatu ketetapan khas pada mesyuarat agung; (d) mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; (e) kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama; (f) menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik harta bersama itu dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada; (g) menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama; (h) membayar sewa dan kadar, jika ada; (i) membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini; (j) membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh badan pengurusan bersama di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; (k) membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI; (l) membayar elaun dan belanja lain bagi anggota badan pengurusan bersama dan anggota jawatankuasa pengurusan bersama mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya; (m) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh badan pengurusan bersama dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau (n) membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next