My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 25

Strata Management Act 2013 s 25

s 25 Parcel owners to pay Charges, and contribution to the sinking fund, to the joint management body

(1) Each purchaser shall pay the Charges, and contribution to the sinking fund, in respect of his parcel to the joint management body for the maintenance and management of the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property in a development area. (2) The developer shall pay the Charges, and contribution to the sinking fund, to the joint management body in respect of those parcels in the development area which have not been sold, being a sum equivalent to the Charges, and contribution to the sinking fund, payable by the purchasers to the joint management body had the parcels been sold. (3) The amount of the Charges to be paid under subsections (1) and (2) shall be determined by the joint management body from time to time in proportion to the allocated share units of each parcel. (4) The amount of contribution to the sinking fund to be paid under subsections (1) and (2) shall be a sum equivalent to ten per cent of the Charges unless otherwise determined by the joint management body from time to time at a general meeting which shall not be less than ten percent of the Charges. (5) A parcel owner shall, within fourteen days of receiving a notice from the joint management body, pay the Charges, and contribution to the sinking fund, to the joint management body. (6) If any sum remains unpaid by the parcel owner in respect of his parcel at the expiry of the period of fourteen days specified in subsection (5)— (a) the joint management body may recover the sum in the manner set out in section 34; and (b) the parcel owner shall pay interest at the rate to be determined by the joint management body under paragraph 19(1)(d) but such interest shall not exceed ten per cent per annum.

Malay text (authoritative)

Pemunya petak hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama

(1) Setiap pembeli hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, berkenaan dengan petaknya kepada badan pengurusan bersama bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam suatu kawasan pemajuan. (2) Pemaju hendaklah membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual, yang merupakan suatu jumlah wang yang bersamaan dengan Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, yang kena dibayar oleh pembeli kepada badan pengurusan bersama itu sekiranya petak itu dijual. (3) Jumlah Caj yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah ditentukan oleh badan pengurusan bersama dari semasa ke semasa mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi setiap petak. (4) Jumlah caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj melainkan jika ditentukan selainnya oleh badan pengurusan bersama dari semasa ke semasa pada suatu mesyuarat agung yang tidak boleh kurang daripada sepuluh peratus daripada Caj. (5) Pemunya petak hendaklah, dalam masa empat belas hari daripada penerimaan notis daripada badan pengurusan bersama, membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan pengurusan bersama itu. (6) Jika apa-apa jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemunya petak berkenaan dengan petaknya apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam subseksyen (5)— (a) badan pengurusan bersama itu boleh mendapatkan jumlah wang itu mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 34; dan (b) pemunya petak itu hendaklah membayar bunga pada kadar yang ditentukan oleh badan pengurusan bersama itu di bawah perenggan 19(1)(d) tetapi bunga itu tidak boleh melebihi sepuluh peratus setahun.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next