My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 33

Strata Management Act 2013 s 33

s 33 Recovery of sum as a debt due to joint management body

(1) The payment of any amount of money lawfully incurred by the joint management body in the course of the exercise of any of its powers or functions or the carrying out of its duties or obligations shall by virtue of this section be guaranteed by the parcel owners for the time being constituting the joint management body. (2) Each parcel owner shall be liable under the guarantee referred to in subsection (1) only for such proportion of the money so incurred as the allocated share units of his parcel bear to the aggregate share units. (3) Where any parcel owner has not discharged or fully discharged his liability for the purpose of subsection (1), the joint management body shall be entitled to recover from the parcel owner in a court of competent jurisdiction or in the Tribunal as a debt due to it. (4) Where for reasons of insufficiency of funds to meet the sum guaranteed under subsection (1), the joint management body may, at an annual general meeting or at an extraordinary general meeting, determine the amount to be contributed by each parcel owner and decide any other issue or matter relating to the settlement of the said sum.

Malay text (authoritative)

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada badan pengurusan bersama

(1) Pembayaran apa-apa jumlah wang yang ditanggung dengan sah oleh badan pengurusan bersama dalam penjalanan manamana kuasanya atau fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa seksyen ini dijamin oleh pemunya petak yang pada masa itu membentuk badan pengurusan bersama itu. (2) Setiap pemunya petak hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut di bawah subseksyen (1) hanya bagi apaapa kadar wang yang dibayar sedemikian sebagai unit syer yang diumpukkan bagi petaknya yang dibandingkan dengan unit syer agregat. (3) Jika mana-mana pemunya petak belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), badan pengurusan bersama adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemunya petak itu dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya. (4) Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah subseksyen (1), badan pengurusan bersama boleh, pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa, menentukan jumlah yang hendaklah dicarumkan oleh setiap pemunya petak dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian bagi jumlah wang itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next