My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 32

Strata Management Act 2013 s 32

s 32 By-laws for building or land intended for subdivision into parcels

(1) Any by-laws prescribed by the regulations made under section 150 shall have effect in relation to every building or land intended for subdivision into parcels and the common property. (2) A developer during the developer’s management period may make additional by-laws or make amendments to such additional by-laws, not inconsistent with the by-laws prescribed by the regulations made under section 150, with the approval of the Commissioner. (3) A joint management body may, by a special resolution, make additional by-laws or make amendments to such additional by-laws, not inconsistent with the by-laws prescribed by regulations made under section 150, for regulating the control, management, administration, use and enjoyment of the building or land intended for subdivision into parcels and the common property, including all or any of the following matters: (a) safety and security measures; (b) details of any common property of which the use is restricted; (c) the keeping of pets; (d) parking; (e) floor coverings; (f) refuse control; (g) behaviour; (h) architectural and landscaping guidelines to be observed by all parcel owners; and (i) imposition of fine not exceeding two hundred ringgit against any parcel owner, occupant or invitee who is in breach of any of the by-laws. (4) The additional by-laws made under subsection (2) or (3) shall bind the developer or the joint management body, as the case may be, and the parcel owners, and any chargee or assignee, lessee, tenant or occupier of a parcel to the same extent as if the additional by-laws— (a) had been signed or sealed by the developer or the joint management body, as the case may be, and each parcel owner and each such chargee or assignee, lessee, tenant or occupier, respectively; and (b) contain mutual covenants to observe, comply and perform all the provisions of those additional by-laws. (5) The developer or the joint management body, as the case may be, shall— (a) keep a record of the additional by-laws in force from time to time; (b) on receipt of an application in writing made by a parcel owner or a person duly authorized to apply on behalf of a parcel owner for a copy of the additional by-laws in force, supply to such parcel owner or person duly authorized by him, at a reasonable cost, a copy of the additional by-laws; and (c) on the application of any person who satisfies the developer or the joint management body, as the case may be, that he has a proper interest in so applying, make such additional by-laws available for inspection. (6) A copy of any additional by-laws made by the developer or the joint management body, as the case may be, and any amendment of any such additional by-laws for the time being in force, certified as a true copy under the seal of the developer or the joint management body, shall be filed by the developer or the joint management body with the Commissioner— (a) in the case where such additional by-laws are made by the developer, within fourteen days from the date of the approval of the Commissioner; and (b) in the case where such additional by-laws are made by the joint management body, within fourteen days from the date of the passing of the special resolution by the joint management body approving the additional bylaws. (7) The developer or the joint management body, as the case may be, or any parcel owner shall be entitled to apply to a court of competent jurisdiction or the Tribunal— (a) for an order to enforce the performance of or restrain the breach of, any by-laws by; or (b) to recover damages for any loss or injury to any person or property arising out of the breach of any by-laws from, any person bound to comply with the by-laws.

Malay text (authoritative)

Undang-undang kecil bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak

(1) Apa-apa undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150 hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubung dengan tiap-tiap bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (2) Pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju boleh membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undangundang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, dengan kelulusan Pesuruhjaya. (3) Badan pengurusan bersama boleh, melalui suatu ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturanperaturan yang dibuat di bawah seksyen 150, bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, termasuk kesemua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) langkah-langkah keselamatan dan perlindungan; (b) butiran bagi mana-mana harta bersama yang penggunaannya dihadkan; (c) pemeliharaan binatang peliharaan; (d) tempat letak kereta; (e) penutup lantai; (f) kawalan sampah; (g) tingkah laku; (h) garis panduan seni bina dan landskap yang hendaklah dipatuhi oleh semua pemunya petak; dan (i) pengenaan denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit terhadap mana-mana pemunya petak, penghuni atau jemputan yang melanggari mana-mana undang-undang kecil. (4) Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah mengikat pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pemunya petak, dan mana-mana pemegang gadaian atau pemegang serah hak, penerima pajak, penyewa atau penghuni sesuatu petak pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu— (a) telah ditandatangani atau dimeterai oleh pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan setiap pemunya petak dan setiap pemegang gadaian atau pemegang serah hak, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan (b) mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu. (5) Pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah— (a) menyimpan suatu rekod bagi undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (b) apabila menerima permohonan secara bertulis yang dibuat oleh pemunya petak atau seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi pihak pemunya petak suatu salinan undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa, membekalkan kepada pemunya petak itu atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh pemunya petak itu, dengan kos yang munasabah, suatu salinan undang-undang kecil tambahan itu; dan (c) atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati pemaju atau badan pengurusan bersama itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa dia mempunyai kepentingan yang sepatutnya untuk membuat permohonan sedemikian, menjadikan undang-undang kecil tambahan itu tersedia untuk pemeriksaan. (6) Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa pindaan bagi manamana undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai pemaju atau badan pengurusan bersama itu, hendaklah difailkan oleh pemaju atau badan pengurusan bersama itu dengan Pesuruhjaya— (a) dalam hal sekiranya undang-undang kecil tambahan itu dibuat oleh pemaju, dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan Pesuruhjaya; dan (b) dalam hal sekiranya undang-undang kecil tambahan itu dibuat oleh badan pengurusan bersama, dalam masa empat belas hari dari tarikh ketetapan khas diluluskan oleh badan pengurusan bersama yang meluluskan undangundang kecil tambahan itu. (7) Pemaju atau badan pengurusan bersama, mengikut manamana yang berkenaan, atau mana-mana pemunya petak adalah berhak untuk memohon kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau Tribunal— (a) bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan atau mencegah pelanggaran terhadap, mana-mana undangundang kecil oleh; atau (b) untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next