My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 55

Strata Management Act 2013 s 55

s 55 Handing over of control to management corporation

(1) A developer shall, not later than the date of the expiry of the preliminary management period— (a) transfer the control of all balances of moneys in the maintenance account and in the sinking fund account to the management committee of the management corporation; and (b) hand over to the management committee of the management corporation— (i) the administration office set up by the developer under subsection 48(3); (ii) the audited accounts of the maintenance account and the sinking fund account or, if such accounts have not been audited, the unaudited accounts; (iii) all the assets of the management corporation; and (iv) all records related to and necessary for the maintenance and management of the subdivided building or land and the common property of the development area. (2) If only unaudited accounts have been handed over under subparagraph (1)(b)(ii), the developer shall hand over to the management committee of the management corporation the audited accounts up to the date of transfer of control of all balances of moneys in the maintenance account and sinking fund account not later than three months after the expiry of the preliminary management period. (3) Without prejudice to the generality of subparagraph (1)(b)(iv), the developer shall deliver to the management committee of the management corporation copies of all the following documents: (a) all approved plans for the subdivided buildings or land relating to the development area; (b) any document in the developer’s possession that indicates, as far as practicable, the actual location of any pipe, wire, cable, chute, duct or other facility for the passage or provision of systems or services, if the developer has reason to believe that the pipe, wire, cable, chute, duct or other facility is not located as shown on an approved plan or an approved amended plan; (c) all contracts entered into by the developer in respect of the maintenance or management of any subdivided building or land and the common property comprised in the development area; (d) a copy of the schedule of parcels or the amended schedule of parcels filed with the Commissioner under subsection 6(1) or (2), if applicable, or the certified strata plan filed by the Director of Survey under the provisions of the Strata Titles Act 1985; (e) the names and addresses of such contractors, subcontractors and persons who supplied labour or materials to the development area during construction of any subdivided building or land and the common property comprised in the development area; and (f) all warranties, manuals, schematic drawings, operating instructions, service guides, manufacturer’s documentation and other similar information in respect of the construction, installation, operation, maintenance, repair and servicing of any common property, including any warranty or information provided to the developer by any person referred to in paragraph (e). (4) Any developer who fails to comply with subsection (1), (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding five thousand ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Penyerahan kawalan kepada perbadanan pengurusan

(1) Pemaju hendaklah, tidak lewat daripada tarikh habis tempoh pengurusan permulaan— (a) memindahkan kawalan bagi semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan; dan (b) menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan— (i) pejabat pentadbiran yang ditubuhkan oleh pemaju di bawah subseksyen 48(3); (ii) akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit itu; (iii) semua aset bagi perbadanan pengurusan; dan (iv) semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama bagi kawasan pemajuan itu. (2) Jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (1)(b)(ii), pemaju hendaklah menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan itu akaun teraudit sehingga tarikh pemindahan kawalan bagi semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas tidak lewat daripada tiga bulan selepas habis tempoh pengurusan permulaan. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1)(b)(iv), pemaju hendaklah menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan salinan bagi semua dokumen yang berikut: (a) semua pelan yang diluluskan bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi yang berhubungan dengan kawasan pemajuan; (b) apa-apa dokumen dalam milikan pemaju yang menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, lokasi sebenar mana-mana paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain bagi laluan atau penyediaan sistem atau perkhidmatan, jika pemaju itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain itu tidak terletak sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan atau pelan yang dipinda yang diluluskan; (c) semua kontrak yang dibuat oleh pemaju berkenaan dengan penyenggaraan atau pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan; (d) suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen 6(1) atau (2), jika terpakai, atau pelan strata yang diperakui yang difailkan oleh Pengarah Ukur di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985; (e) nama dan alamat mana-mana kontraktor, subkontraktor dan orang yang membekalkan tenaga kerja atau bahan-bahan bagi kawasan pemajuan semasa pembinaan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu; dan (f) semua waranti, manual, lukisan skematik, arahan operasi, panduan perkhidmatan, dokumentasi pembuat dan maklumat serupa lain berkenaan dengan pembinaan, pemasangan, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan dan servis mana-mana harta bersama, termasuk apa-apa waranti atau maklumat yang diberikan kepada pemaju oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (e). (4) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next