My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 61

Strata Management Act 2013 s 61

s 61 Sinking fund account of the management corporation

(1) If the sinking fund account in the name of the management corporation had not been earlier established under subsection 51(1), the management corporation shall open and maintain a sinking fund account with a bank or financial institution, into which shall be deposited the contribution to the sinking fund paid by the proprietors. (2) The contribution to the sinking fund shall be used solely for the purposes specified in subsection 51(2). (3) Subject to section 52, for the purpose of establishing and maintaining the sinking fund account, the amount to be paid by the proprietors of the parcels or provisional blocks shall be a sum equivalent to ten per cent of the Charges imposed under subsection 60(3), unless otherwise determined from time to time at a general meeting of the management corporation, but such contribution to the sinking fund shall not be less than ten per cent of the Charges. (4) Any contribution to the sinking fund imposed under subsection (3) in respect of a parcel shall be due and payable on the passing of a resolution to that effect by the management corporation and in accordance with the terms of that resolution, and may be recovered in the manner set out in section 78 from a proprietor of, or his successor-in-title to, the parcel, or the person for the time being receiving the rent of the parcel, whether as an agent or a trustee or a receiver, and who would receive the same if the parcel were let to a tenant. (5) Any contribution to the sinking fund imposed under subsection (3) in respect of a provisional block shall be due and payable on the passing of a resolution to that effect by the management corporation and in accordance with the terms of that resolution, and may be recovered in the manner set out in section 78 from the proprietor of the provisional block or, where the building to which the provisional block relates has been subdivided, from the proprietors of the parcels in the building, or their successors-in-title, in proportion to the share units of their respective parcels. (6) For the purposes of subsection (5), β€œproprietor” includes a purchaser to be duly registered as a proprietor.

Malay text (authoritative)

Akaun kumpulan wang penjelas perbadanan pengurusan

(1) Jika akaun kumpulan wang penjelas atas nama perbadanan pengurusan tidak lebih awal ditubuhkan di bawah subseksyen 51(1), perbadanan pengurusan hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu akaun kumpulan wang penjelas dengan suatu bank atau institusi kewangan, yang ke dalamnya hendaklah didepositkan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dibayar oleh pemilik. (2) Caruman kepada kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen 51(2). (3) Tertakluk kepada seksyen 52, bagi maksud menubuhkan dan menyenggarakan akaun kumpulan wang penjelas, jumlah yang kena dibayar oleh pemilik petak atau blok sementara hendaklah suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada Caj yang dikenakan di bawah subseksyen 60(3), melainkan jika ditentukan selainnya dari semasa ke semasa pada mesyuarat agung bagi perbadanan pengurusan, tetapi caruman kepada kumpulan wang penjelas itu tidak boleh kurang daripada sepuluh peratus daripada Caj. (4) Apa-apa caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu petak hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78 daripada pemilik petak, atau pengganti dalam hakmilik petaknya itu, atau orang yang pada masa itu menerima sewa bagi petak itu, sama ada sebagai seorang ejen atau pemegang amanah atau penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada seorang penyewa. (5) Apa-apa caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu blok sementara hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila suatu ketetapan yang memberi kesan sedemikian diluluskan oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 78 daripada pemilik blok sementara atau, jika bangunan yang baginya blok sementara itu adalah berkaitan telah dipecah bahagi, daripada pemilik-pemilik petak di dalam bangunan itu, atau pengganti dalam hakmilik mereka, mengikut kadar unit syer bagi petak mereka masing-masing. (6) Bagi maksud subseksyen (5), β€œpemilik” termasuklah seorang pembeli yang akan didaftarkan dengan sewajarnya sebagai seorang pemilik.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 3 β†’

Find Act 757 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next