My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 62

Strata Management Act 2013 s 62

s 62 Duties of management corporation in relation to accounts

(1) A management corporation shall in respect of the maintenance account and the sinking fund account— (a) cause to be prepared such accounts and records of accounts as will sufficiently explain the transactions of the accounts and enable true and fair balance sheet, income and expenditure statement and profit and loss statement to be prepared for the period starting from commencement of the preliminary management period; (b) appoint an approved company auditor to carry out the audit of the accounts annually; (c) file with the Commissioner a certified true copy of the audited accounts together with the auditor’s report within fourteen days of the accounts being audited; and (d) permit the Commissioner or any person authorized by the Commissioner in writing to act on its behalf full and free access to the accounts and records of accounts and to make copies or extracts of those accounts and records of accounts. (2) Notwithstanding subsection (1), the Commissioner shall have the right to appoint an approved company auditor to investigate the accounts and records of accounts specified in subsection (1), and the management corporation shall pay all the expenses incurred for that purpose. (3) The management corporation shall furnish to the Commissioner or any public authority such returns, reports, accounts and information with respect to its activities and finances, as the Commissioner may, from time to time, require or direct. (4) The returns, reports, accounts and information referred to in subsection (3) shall be in such form as the Commissioner may, from time to time, specify. (5) If the management corporation fails to comply with subsection (1), (2), (3) or (4), every member of the management committee commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (6) In proceedings against a member of the management committee for an offence under subsection (5), it is a defence if the member proves that— (a) the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (b) he had taken all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan perbadanan pengurusan berhubung dengan akaun

(1) Perbadanan pengurusan hendaklah berkenaan dengan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas— (a) menyebabkan apa-apa akaun dan rekod akaun disediakan yang akan menjelaskan transaksi akaun dengan secukupnya dan membolehkan kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata untung rugi yang benar dan adil disediakan bagi tempoh bermula dari permulaan tempoh pengurusan permulaan; (b) melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menjalankan audit bagi akaun pada setiap tahun; (c) memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan akaun teraudit yang diperakui benar bersama dengan laporan juruaudit dalam masa empat belas hari daripada pengauditan akaun itu; dan (d) membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya akses yang penuh dan bebas kepada akaun dan rekod akaun dan untuk membuat salinan atau cabutan bagi akaun dan rekod akaun itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat akaun dan rekod akaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1), dan perbadanan pengurusan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu. (3) Perbadanan pengurusan hendaklah memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pihak berkuasa awam apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya, sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa. (4) Penyata, laporan, akaun dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa. (5) Jika perbadanan pengurusan tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3) atau (4), setiap anggota jawatankuasa pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (6) Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa— (a) kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan (b) dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next