My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 63

Strata Management Act 2013 s 63

s 63 Administration of the subsidiary management corporation

(1) A subsidiary management corporation shall elect a subsidiary management committee which, subject to any restriction imposed or direction given by the subsidiary management corporation at a general meeting, shall perform the duties and conduct the business of the subsidiary management corporation on its behalf, and may for that purpose exercise any of its powers. (2) The subsidiary management corporation shall comprise all the proprietors of all parcels comprised in the development area for whose exclusive benefit the limited common property is designated. (3) The proprietors who constitute a subsidiary management corporation may call and hold meetings and pass resolutions in the same manner as proprietors constituting a management corporation. (4) At least one member of the subsidiary management committee of a subsidiary management corporation shall be a member of the management committee of the management corporation. (5) The provisions of the Second Schedule shall apply to the subsidiary management corporation and the subsidiary management committee, with necessary modifications, including— (a) a reference to the “management corporation” shall be construed as a reference to the subsidiary management corporation; and (b) a reference to the “management committee” shall be construed as a reference to the subsidiary management committee.

Malay text (authoritative)

Pentadbiran perbadanan pengurusan subsidiari

(1) Suatu perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah memilih suatu jawatankuasa pengurusan subsidiari yang, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh perbadanan pengurusan subsidiari pada suatu mesyuarat agung, hendaklah melaksanakan kewajipan dan menjalankan urusan perbadanan pengurusan subsidiari itu bagi pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan apa-apa kuasa perbadanan pengurusan subsidiari itu. (2) Perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah terdiri daripada semua pemilik bagi semua petak yang terdapat di dalam kawasan pemajuan yang bagi mereka manfaat eksklusif harta bersama terhad dikhaskan. (3) Pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh memanggil dan mengadakan mesyuarat dan meluluskan ketetapan mengikut cara yang sama sebagaimana pemilik yang membentuk suatu perbadanan pengurusan. (4) Sekurang-kurangnya seorang anggota jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah menjadi anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan. (5) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan pengurusan subsidiari dan jawatankuasa pengurusan subsidiari, dengan ubah suaian yang perlu, termasuk— (a) suatu sebutan mengenai “perbadanan pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perbadanan pengurusan subsidiari; dan (b) suatu sebutan mengenai “jawatankuasa pengurusan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai jawatankuasa pengurusan subsidiari.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next