My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 64

Strata Management Act 2013 s 64

s 64 Duties and powers of subsidiary management corporation

(1) Subject to subsection (2), a subsidiary management corporation shall have the same powers and duties as the management corporation with respect to any matter that relates solely to the limited common property designated for the exclusive benefit of all proprietors comprising the subsidiary management corporation, and unless expressly otherwise provided, the provisions of Chapter 3 shall apply, with the necessary modifications, to subsidiary management corporation as they apply to the management corporation. (2) After the establishment of the subsidiary management corporation for the limited common property, the management corporation shall retain its powers and duties in matters concerning common property of the development area which is not designated as limited common property. (3) Without prejudice to the generality of subsection (1), the subsidiary management corporation shallβ€” (a) subject to sections 66 and 67, establish its own maintenance account and sinking fund account for the common expenses of its limited common property, including expenses related to its limited common property; (b) require proprietors of parcels in the subsidiary management corporation to pay the Charges, and contribution to the sinking fund; (c) enforce the by-laws relating to its limited common property; and (d) otherwise have the control, management and administration of its limited common property. (4) A subsidiary management corporation shall not enter into any contract or sue in the name of the management corporation and the management corporation shall have no liability for contracts made or debts or legal costs incurred by the subsidiary management corporation. (5) A subsidiary management corporation may obtain insurance onlyβ€” (a) against risks that are not insured by the management corporation; or (b) for amounts that are in excess of amounts insured by the management corporation. (6) For the purposes of subsection (5), a subsidiary management corporation shall have the same insurable interest in its limited common property as the management corporation has in the common property. (7) Notwithstanding any other provision of this Act, a subsidiary management corporation for any limited common property comprised in a development area may manage and maintainβ€” (a) any common property within that same development area; or (b) any other limited common property of another subsidiary management corporation within that development area, upon such terms and conditions as may be agreed between the subsidiary management corporation and the management corporation or other subsidiary management corporation, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Kewajipan dan kuasa perbadanan pengurusan subsidiari

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang sama seperti perbadanan pengurusan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan semata-mata dengan harta bersama terhad yang dikhaskan untuk manfaat eksklusif bagi semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu, dan melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, peruntukan Bab 3 hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, bagi perbadanan pengurusan subsidiari sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi perbadanan pengurusan. (2) Selepas penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari bagi harta bersama terhad, perbadanan pengurusan hendaklah mengekalkan kuasanya dan kewajipannya dalam perkara yang berkenaan dengan harta bersama bagi kawasan pemajuan yang tidak dikhaskan sebagai harta bersama terhad. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklahβ€” (a) tertakluk kepada seksyen 66 dan 67, menubuhkan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelasnya sendiri bagi perbelanjaan bersama harta bersama terhadnya, termasuk perbelanjaan yang berhubung dengan harta bersama terhadnya; (b) menghendaki pemilik petak di bawah perbadanan pengurusan subsidiari untuk membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas; (c) menguatkuasakan undang-undang kecil yang berhubungan dengan harta bersama terhadnya; dan (d) selainnya mempunyai kawalan, pengurusan dan pentadbiran bagi harta bersama terhadnya. (4) Suatu perbadanan pengurusan subsidiari tidak boleh membuat apa-apa kontrak atau membawa guaman atas nama perbadanan pengurusan dan perbadanan pengurusan tidak mempunyai apa-apa liabiliti bagi kontrak yang dibuat atau hutang atau kos guaman yang ditanggung oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu. (5) Suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh mendapatkan insurans hanyaβ€” (a) terhadap risiko yang tidak diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan; atau (b) bagi jumlah yang melebihi jumlah yang diinsuranskan oleh perbadanan pengurusan. (6) Bagi maksud subseksyen (5), perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan yang sama dalam harta bersama terhadnya sebagaimana yang dipunyai oleh perbadanan pengurusan dalam harta bersama. (7) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, perbadanan pengurusan subsidiari bagi mana-mana harta bersama terhad yang terdapat di dalam kawasan pemajuan boleh menguruskan dan menyenggarakanβ€” (a) mana-mana harta bersama di dalam kawasan pemajuan yang sama; atau (b) apa-apa harta bersama terhad yang lain bagi perbadanan pengurusan subsidiari yang lain di dalam kawasan pemajuan itu, atas terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui antara perbadanan pengurusan subsidiari itu dengan perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari yang lain, mengikut manamana yang berkenaan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 4 β†’

Find Act 757 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next