My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 70

Strata Management Act 2013 s 70

s 70 By-laws for regulation of subdivided building or land

(1) Any by-laws prescribed by regulations made under section 150 shall have effect in relation to every subdivided building or land and common property. (2) A management corporation may, by special resolution, make additional by-laws or make amendments to such additional by-laws, not inconsistent with the by-laws prescribed by the regulations made under section 150, for regulating the control, management, administration, use and enjoyment of the subdivided building or land and the common property, including all or any of the following matters: (a) safety and security measures; (b) details of any common property of which the use is restricted; (c) the keeping of pets; (d) parking; (e) floor coverings; (f) refuse control; (g) behaviour; (h) architectural and landscaping guidelines to be observed by all proprietors; and (i) imposition of fine not exceeding two hundred ringgit against any proprietor, occupant or invitee who is in breach of any of the by-laws. (3) The additional by-laws made under subsection (2) shall bind the management corporation and the proprietors, and any chargee, lessee, tenant or occupier of a parcel to the same extent as if the additional by-laws— (a) had been signed or sealed by the management corporation, and each proprietor and each such chargee, lessee, tenant or occupier, respectively; and (b) contained mutual covenants to observe, comply and perform all the provisions of these additional by-laws. (4) The management corporation shall— (a) keep a record of the additional by-laws in force from time to time; (b) on receipt of an application in writing made by a proprietor or by a person duly authorized to apply on behalf of a proprietor for a copy of the additional by-laws in force, supply to such proprietor or person duly authorized, at a reasonable cost, a copy of the additional by-laws; and (c) on the application of any person who satisfies the management corporation that he has a proper interest in so applying, make such additional by-laws available for inspection. (5) No additional by-law shall be capable of operating— (a) to prohibit or restrict the transfer, lease or charge of, or any other dealing with any parcel of a subdivided building or land; and (b) to destroy or modify any easement expressly or impliedly created by or under the Strata Titles Act 1985. (6) A copy of any additional by-laws made by the management corporation under subsection (2) and any amendment of any additional by-laws for the time being in force, certified as a true copy under the seal of the management corporation, shall be filed by the management corporation with the Commissioner within thirty days of the passing of the special resolution by the management corporation approving the additional by-laws. (7) The management corporation or any proprietor shall be entitled to apply to the Tribunal or a court of competent jurisdiction— (a) for an order to enforce the performance of, or restrain the breach of, any by-laws by; or (b) to recover damages for any loss or injury to any persons or properties arising out of the breach of any by-law from, any persons bound to comply with the by-laws.

Malay text (authoritative)

Undang-undang kecil bagi mengawal selia bangunan atau tanah yang dipecah bahagi

(1) Mana-mana undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150 hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubung dengan tiap-tiap bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama. (2) Perbadanan pengurusan boleh, melalui suatu ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama, termasuk semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) langkah-langkah keselamatan dan perlindungan; (b) butiran bagi mana-mana harta bersama yang penggunaannya dihadkan; (c) pemeliharaan binatang peliharaan; (d) tempat letak kereta; (e) penutup lantai; (f) kawalan sampah; (g) tingkah laku; (h) garis panduan seni bina dan landskap yang hendaklah dipatuhi oleh semua pemilik; dan (i) pengenaan denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit terhadap mana-mana pemilik, penghuni atau jemputan yang melanggari mana-mana undang-undang kecil. (3) Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat perbadanan pengurusan dan pemilik, dan mana-mana pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni sesuatu petak pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu— (a) telah ditandatangani atau dimeterai oleh perbadanan pengurusan itu, dan setiap pemilik dan setiap pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan (b) mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu. (4) Perbadanan pengurusan hendaklah— (a) menyimpan suatu rekod bagi undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (b) apabila menerima permohonan secara bertulis yang dibuat oleh pemilik atau seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi pihak pemilik suatu salinan undang-undang kecil tambahan yang berkuat kuasa, membekalkan kepada pemilik atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya itu, pada kos yang munasabah, suatu salinan undang-undang kecil tambahan itu; dan (c) atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati perbadanan pengurusan bahawa dia mempunyai kepentingan yang sepatutnya untuk membuat permohonan sedemikian, menjadikan undang-undang kecil tambahan itu tersedia untuk pemeriksaan. (5) Tiada undang-undang kecil tambahan boleh berkuat kuasa— (a) untuk melarang atau mengehadkan pemindahan, pemajakan atau gadaian, atau apa-apa urusan lain dengan manamana petak sesuatu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi; dan (b) untuk menghapuskan atau mengubah suai apa-apa isemen yang diwujudkan secara nyata atau tersirat oleh atau di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. (6) Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh perbadanan pengurusan di bawah subseksyen (2) dan mana-mana pindaan undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai perbadanan pengurusan itu, hendaklah difailkan oleh perbadanan pengurusan itu dengan Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan khas oleh perbadanan pengurusan yang meluluskan undang-undang kecil tambahan itu. (7) Perbadanan pengurusan atau mana-mana pemilik berhak untuk memohon kepada Tribunal atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa— (a) bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan, atau mencegah pelanggaran, mana-mana undang-undang kecil oleh; atau (b) untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next