LawPlayer
My bookmarks
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 71

Strata Management Act 2013 s 71

Act no.
Act 757
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Strata Management Act 2013 [Act 757], s 71

s 71 By-laws for limited common property

(1) The by-laws of the management corporation shall apply to the limited common property managed and maintained by the subsidiary management corporation unless the by-laws have been otherwise expressly amended— (a) by the subsidiary management corporation pursuant to a special resolution passed at a general meeting of the subsidiary management corporation; and (b) in respect of any matter that relates solely to that limited common property or subsidiary management corporation. (2) A subsidiary management corporation may, by special resolution, make additional by-laws or make amendments to such additional by-laws, not inconsistent with the by-laws prescribed by regulations made under section 150, relating to the limited common property designated for the exclusive benefit of all the parcels in the subsidiary management corporation. (3) The additional by-laws made under subsection (2) shall bind the subsidiary management corporation and the proprietors of parcels constituting that subsidiary management corporation, and any chargee, lessee, tenant or occupier of such a parcel to the same extent as if the additional by-laws— (a) had been signed or sealed by the subsidiary management corporation, and each such proprietor and each such chargee, lessee, tenant or occupier, respectively; and (b) contained mutual covenants to observe, comply and perform all the provisions of these additional by-laws. (4) A copy of any additional by-laws made by the subsidiary management corporation under subsection (2) and any amendment of any additional by-laws for the time being in force, certified as a true copy under the seal of the subsidiary management corporation, shall be filed by the subsidiary management corporation with the Commissioner within thirty days of the passing of the special resolution by the subsidiary management corporation approving the additional by-laws. (5) The subsidiary management corporation or any proprietor of parcel constituting that subsidiary management corporation shall be entitled to apply to the Tribunal or a court of competent jurisdiction— (a) for an order to enforce the performance of, or restrain the breach of, any additional by-laws by; or (b) to recover damages for any loss or injury to any person or property arising out of the breach of any additional by-laws from, any person bound to comply with the by-laws.

Malay text (authoritative)

Undang-undang kecil bagi harta bersama terhad

(1) Undang-undang kecil perbadanan pengurusan hendaklah terpakai bagi harta bersama terhad yang diuruskan dan disenggarakan oleh perbadanan pengurusan subsidiari melainkan jika undangundang kecil itu telah selainnya dipinda secara nyata— (a) oleh perbadanan pengurusan subsidiari menurut suatu ketetapan khas yang diluluskan pada mesyuarat agung perbadanan pengurusan subsidiari itu; dan (b) berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubung sematamata dengan harta bersama terhad itu atau perbadanan pengurusan subsidiari itu. (2) Suatu perbadanan pengurusan subsidiari boleh, melalui ketetapan khas, membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 150, yang berhubungan dengan harta bersama terhad yang dikhaskan bagi manfaat eksklusif semua petak di bawah perbadanan pengurusan subsidiari itu. (3) Undang-undang kecil tambahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat perbadanan pengurusan subsidiari dan pemilik petak yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu, dan mana-mana pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni petak itu pada takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil tambahan itu— (a) telah ditandatangani atau dimeterai oleh perbadanan pengurusan subsidiari, dan setiap pemilik dan setiap pemegang gadaian, penerima pajak, penyewa atau penghuni itu, masing-masing; dan (b) mengandungi waad bersama untuk memerhati, mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan undang-undang kecil tambahan itu. (4) Suatu salinan mana-mana undang-undang kecil tambahan yang dibuat oleh perbadanan pengurusan subsidiari di bawah subseksyen (2) dan mana-mana pindaan undang-undang kecil tambahan itu yang sedang berkuat kuasa, yang diperakui sebagai suatu salinan benar di bawah meterai perbadanan pengurusan subsidiari itu, hendaklah difailkan oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu dengan Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan ketetapan khas oleh perbadanan pengurusan subsidiari yang meluluskan undang-undang kecil tambahan itu. (5) Perbadanan pengurusan subsidiari atau mana-mana pemilik petak yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu berhak untuk memohon kepada Tribunal atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa— (a) bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan, atau mencegah pelanggaran, mana-mana undang-undang kecil oleh; atau (b) untuk mendapatkan ganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang kecil daripada, mana-mana orang yang terikat untuk mematuhi undang-undang kecil itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Strata Management Act 2013, s 71 is headed “By-laws for limited common property” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Strata Management Act 2013, s 71 begins “(1) The by-laws of the management corporation shall apply to the limited common property managed and maintained by the subsidiary…”.
Location
Strata Management Act 2013, s 71 is placed under “Part V: STRATA MANAGEMENT AFTER EXISTENCE OF MANAGEMENT CORPORATION › Chapter 5: Miscellaneous provisions applicable to this Part”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Strata Management Act 2013, s 71 is s 70.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Strata Management Act 2013, s 71 is s 72.
Synced
LawPlayer last synced the text of Strata Management Act 2013 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Strata Management Act 2013, s 71 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next