My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 72

Strata Management Act 2013 s 72

s 72 Strata roll

(1) A developer, during the preliminary management period, or the management corporation, as the case may be, shall prepare and maintain a strata roll in such form as the Commissioner may require, containing the following particulars in respect of all the parcels in the development area: (a) the share units of each parcel; (b) the floor area of each parcel; (c) the name and address of every proprietor, and if the proprietor is not a resident of Malaysia, the address in Malaysia at which notices may be served on the proprietor; and (d) the name and address of the solicitor acting for the proprietor in the sale and purchase of the parcel, if any. (2) Any developer who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (3) If a management corporation fails to comply with subsection (1), every member of the management committee commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) In proceedings against the member of the management committee for an offence under subsection (3), it is a defence if the member proves that— (a) the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (b) he had taken all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Daftar strata

(1) Pemaju, semasa tempoh pengurusan permulaan, atau perbadanan pengurusan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar strata dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, yang mengandungi butiran yang berikut berkenaan dengan semua petak di dalam kawasan pemajuan: (a) unit syer bagi setiap petak; (b) keluasan lantai bagi setiap petak; (c) nama dan alamat tiap-tiap pemilik, dan jika pemilik itu bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di Malaysia yang pada alamat itu notis boleh disampaikan kepada pemilik itu; dan (d) nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pemilik dalam penjualan dan pembelian petak itu, jika ada. (2) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Jika perbadanan pengurusan tidak mematuhi subseksyen (1), tiap-tiap anggota jawatankuasa pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Dalam prosiding terhadap anggota jawatankuasa pengurusan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), adalah menjadi suatu pembelaan jika anggota itu membuktikan bahawa— (a) kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan (b) dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next