My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 77

Strata Management Act 2013 s 77

s 77 Recovery of sum as a debt due to management corporation or subsidiary management corporation

(1) The payment of any amount lawfully incurred by the management corporation or the subsidiary management corporation in the course of the exercise of any of its powers or functions or carrying out of its duties or obligations shall by virtue of this section be guaranteed by the proprietors for the time being constituting the management corporation or the subsidiary management corporation. (2) Each proprietor shall be liable under such guarantee referred to in subsection (1) only for such proportion of the money so incurred as the share units of his parcel or the provisional share units of his provisional block bear to the aggregate share units. (3) Where any proprietor has not discharged or fully discharged his liability for the purpose of subsection (1), the management corporation or the subsidiary management corporation shall be entitled to recover from the proprietor in a court of competent jurisdiction or before the Tribunal as a debt due to it. (4) Where for reasons of insufficiency of fund to meet the sum guaranteed under subsection (1), the management corporation or the subsidiary management corporation may at an annual general meeting or at an extraordinary general meeting determine the amount to be contributed by each proprietor and decide any other issue or matter relating to the settlement of the said sum.

Malay text (authoritative)

Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari

(1) Pembayaran apa-apa jumlah yang ditanggung dengan sah oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari dalam penjalanan mana-mana kuasanya atau fungsinya atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa seksyen ini dijamin oleh pemilik yang pada masa itu membentuk perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu. (2) Setiap pemilik hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang disebut dalam subseksyen (1) hanya bagi apa-apa perkadaran wang yang ditanggung sebagai unit syer bagi petaknya atau unit syer sementara bagi blok sementaranya yang dibandingkan dengan unit syer agregat. (3) Jika mana-mana pemilik belum melepaskan atau melepaskan dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemilik itu dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya. (4) Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang yang dijamin di bawah subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari boleh pada mesyuarat agung tahunan atau pada mesyuarat agung luar biasa menentukan jumlah yang hendak dicarumkan oleh setiap pemilik dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang berhubungan dengan penyelesaian jumlah wang itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 5 β†’

Find Act 757 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next