My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 79

Strata Management Act 2013 s 79

s 79 Recovery of sums by attachment of movable property

(1) The Commissioner may, upon sworn application in writing made by any member of the management committee of the management corporation or subsidiary management committee of the subsidiary management corporation, issue a warrant of attachment in Form A of the Third Schedule authorizing the attachment of any movable property belonging to the defaulting proprietor which may be found in the building or elsewhere in the State. (2) The warrant of attachment under subsection (1) shall be executed by a member of the management committee of the management corporation or subsidiary management committee of the subsidiary management corporation or by a person specially employed by the management committee or subsidiary management committee to execute such warrants, in the presence of the Commissioner or an officer from the office of the Commissioner. (3) If the member of the management committee of the management corporation or subsidiary management committee of the subsidiary management corporation or the person referred to in subsection (2) encounters difficulties in executing the warrant, he may seek the assistance of the Commissioner, and in providing such assistance, the Commissioner may request for the assistance of a police officer not below the rank of Inspector. (4) A person executing the warrant of attachment— (a) may, in the daytime, effect forcible entry into any house or building or any part of the house or building for the purpose of executing the warrant; and (b) shall, immediately after attachment, make an inventory of the property attached under the warrant and serve a notice in Form B of the Third Schedule on the person who, at the time of attachment, was or appeared to be in possession of the property. (5) Any tenant, subtenant, or occupier who, in order to avoid the attachment or sale of the movable property for non-payment of any sum due to the management corporation or the subsidiary management corporation by the proprietor, pays such sum may thereafter, in the absence of any written agreement to the contrary, deduct the amount so paid by him from the rent due or to become due by him to the proprietor, and may retain possession of the property until such amount has been fully reimbursed to him whether by deduction from the rent or otherwise. (6) The receipt issued by the management corporation or the subsidiary management corporation for any amount so paid by any such tenant, subtenant or occupier under subsection (5) shall be deemed a discharge in full for the like amount of rent. (7) If any person whose property is attached disputes the legality of the attachment, he may, within fourteen days of the date of attachment, apply to the Magistrate’s Court having jurisdiction in the place of attachment for an order for the release of the property, and the Magistrate’s Court, after making such enquiry as may be necessary, shall grant or refuse to grant the order. (8) If the sum due is not paid within fourteen days from the date of attachment, the property attached or such portion of the property attached as may be sufficient to realize the sum shall be sold by auction conducted by the management corporation under the supervision of the Commissioner, unless within that period an application is made under subsection (7), in which case the property shall be held pending the decision of the Magistrate’s Court and shall then be dealt with as the Magistrate’s Court may order. (9) If the Magistrate’s Court refuses to grant an order for the release of the property, and that decision of the Magistrate’s Court is reached within fourteen days from the date of attachment, the property shall not be sold before the expiry of that period. (10) Notwithstanding subsections (8) and (9), if the property is of a perishable nature, it may be sold at once, and in that case, the proceeds of sale shall be held pending the decision of the Magistrate’s Court and shall then be dealt with as the Magistrate’s Court may order. (11) In any other case, the proceeds of sale shall be applied in satisfaction of the sum due together with the costs of the attachment and sale, and any surplus and any property not sold shall be paid or returned to the person who, at the time of attachment, was or appeared to be in possession of the property. (12) The costs of attachment shall include the expenses of the maintenance of livestock and the custody of movable property. (13) In this section, unless the context otherwise requires, “proprietor”, in relation to the recovery of a sum recoverable by virtue of subsection (6) or (8) from a proprietor, includes any successor-in-title to the proprietor. (14) Where any property is sold by virtue of subsection (10) before the expiry of fourteen days from the date of attachment, the reference in subsection (7) to an “order for the release of the property” shall be construed as a reference to an order for the release of the proceeds of the sale of the property.

Malay text (authoritative)

Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta alih

(1) Pesuruhjaya boleh, atas permohonan bersumpah secara bertulis yang dibuat oleh mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa penahanan bagi apa-apa harta alih kepunyaan pemilik yang ingkar yang boleh dijumpai di dalam bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu. (2) Waran penahanan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan oleh seorang anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari atau oleh seseorang yang diambil bekerja secara khusus oleh jawatankuasa pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari untuk melaksanakan waran sedemikian, di hadapan Pesuruhajaya atau seseorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya. (3) Jika anggota jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan atau jawatankuasa pengurusan subsidiari perbadanan pengurusan subsidiari atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) menghadapi masalah dalam melaksanakan waran itu, dia boleh mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam memberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. (4) Seseorang yang melaksanakan waran penahanan itu— (a) boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan atau manamana bahagian rumah atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran itu; dan (b) hendaklah, sebaik selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan di bawah waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual Ketiga kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu. (5) Mana-mana penyewa, penyewa kecil, atau penghuni yang, untuk mengelakkan penahanan atau penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari tidak dibayar oleh pemilik, membayar jumlah wang itu boleh selepas itu, jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan, menolak jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau menjadi kena dibayar olehnya kepada pemilik, dan boleh memegang milikan harta itu sehingga jumlah itu dibayar balik sepenuhnya kepadanya sama ada dengan penolakan daripada sewa atau selainnya. (6) Resit yang dikeluarkan oleh perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari bagi apa-apa jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni itu di bawah subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa itu. (7) Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat penahanan itu suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan Mahkamah Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu, hendaklah membenarkan atau enggan membenarkan perintah itu. (8) Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah wang itu hendaklah dijual secara lelong yang dijalankan oleh perbadanan pengurusan di bawah penyeliaan Pesuruhjaya, melainkan jika dalam tempoh itu suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (7), yang dalam hal itu harta itu hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret. (9) Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk pelepasan harta itu, dan keputusan Mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum habisnya tempoh itu. (10) Walau apa pun subseksyen (8) dan (9), jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Majistret. (11) Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama dengan kos penahanan dan penjualan itu, dan apa-apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta itu. (12) Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan bagi penyenggaraan ternakan dan penjagaan harta alih. (13) Dalam seksyen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “pemilik”, berhubung dengan mendapatkan suatu jumlah wang yang boleh didapatkan menurut kuasa subseksyen (6) atau (8) daripada seseorang pemilik, termasuklah mana-mana pengganti dalam hakmilik kepada pemilik itu. (14) Jika apa-apa harta dijual menurut kuasa subseksyen (10) sebelum habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanan, sebutan dalam subseksyen (7) mengenai suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil jualan harta itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next