My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 86

Strata Management Act 2013 s 86

s 86 Appointment of managing agent by Commissioner

(1) Where— (a) a situation under paragraph 19(2)(b) occurs; or (b) after due inquiry has been carried out by the Commissioner or a person appointed by him based on a complaint made to the Commissioner by a purchaser or a proprietor or any other person or body having an interest in a parcel, registered or otherwise, the Commissioner is satisfied that the maintenance and management of a building or land intended for subdivision into parcels or any subdivided building or land and common property is not carried out satisfactorily by the developer, joint management body, management corporation or subsidiary management corporation, as the case may be, the Commissioner may appoint, by written notification, one or more persons to act as managing agent to maintain and manage the building or land intended for subdivision into parcels or any subdivided building or land and the common property for a period to be specified by the Commissioner. (2) A managing agent appointed under this Part shall enter into a management agreement with the developer, joint management body, management corporation or subsidiary management corporation, as the case may be, to carry out the duties and powers of the developer, joint management body, management corporation or subsidiary management corporation, respectively as provided for under this Act. (3) The managing agent shall be entitled to be paid such remuneration or fees as may be agreed upon between the managing agent and the developer, joint management body, management corporation or subsidiary management corporation, as the case may be, with the concurrence of the Commissioner, and such remuneration or fees shall be charged to the maintenance account.

Malay text (authoritative)

Pelantikan ejen pengurusan oleh Pesuruhjaya

(1) Jika— (a) suatu keadaan di bawah perenggan 19(2)(b) berlaku; atau (b) selepas siasatan sewajarnya dijalankan oleh Pesuruhjaya atau seseorang yang dilantik olehnya berdasarkan suatu aduan yang dibuat kepada Pesuruhjaya oleh seseorang pembeli atau pemilik atau mana-mana orang atau badan yang lain yang mempunyai kepentingan dalam suatu petak, yang berdaftar atau selainnya, Pesuruhjaya berpuas hati bahawa penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama tidak dijalankan dengan memuaskan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pesuruhjaya boleh melantik, melalui pemberitahuan bertulis, seorang atau lebih untuk bertindak sebagai ejen pengurusan untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau manamana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama itu bagi suatu tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya. (2) Seseorang ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian ini hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan kewajipan dan kuasa pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini. (3) Ejen pengurusan adalah berhak untuk dibayar apa-apa saraan atau fi sebagaimana yang dipersetujui antara ejen pengurusan dengan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan persetujuan Pesuruhjaya, dan saraan atau fi itu hendaklah dipertanggungkan pada akaun penyenggaraan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next