My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 9

Strata Management Act 2013 s 9

s 9 Duties and powers of developer during developer’s management period

(1) Subject to the provisions of this Act, a developer shall, during the developer’s management period, be responsible to maintain and manage properly any building or land intended for subdivision into parcels and the common property. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the duties of the developer during the developer’s management period shall be as follows: (a) to determine and impose the Charges to be deposited into the maintenance account; (b) to determine and impose the contribution to the sinking fund to be deposited into the sinking fund account; (c) to effect insurance according to this Act; (d) to comply with any notice or order given or made by the local authority or any competent public authority requiring the abatement of any nuisance on the common property, or ordering repairs or other work to be done in respect of the common property or other improvements to the common property; (e) to prepare and maintain a register of all parcel owners of the buildings or lands intended for subdivision into parcels; (f) to ensure that the accounts required to be maintained by the developer under this Act are audited and to provide audited financial statements for information to all purchasers; (g) to enforce by-laws; and (h) to do such other things as may be expedient or necessary for the proper maintenance and management of the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property. (3) The powers of the developer during the developer’s management period shall be as follows: (a) to collect the Charges from the parcel owners in proportion to the allocated share units of their respective parcels; (b) to collect the contribution to the sinking fund from the parcel owners; (c) to authorize expenditure for the carrying out of maintenance and management of the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property; (d) to recover from any parcel owner any sum expended by the developer in respect of that parcel in complying with any such notice or order referred to under paragraph (2)(d); and (e) to do all things reasonably necessary for the performance of its duties under this Act. (4) During the developer’s management period— (a) the developer shall ensure that a separate and distinct area is set aside out of the common property of the development area for the sole purpose of an administration office for the carrying out of duties of the developer under this Act; and (b) the developer shall not enter into any contract relating to the maintenance and management of a building or land intended for subdivision into parcels and the common property in the development area for any period after the expiration of the developer’s management period. (5) Any developer who fails to comply with subsection (1), (2) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kewajipan dan kuasa pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pemaju hendaklah, semasa tempoh pengurusan pemaju, bertanggungjawab untuk menyenggara dan menguruskan dengan sepatutnya mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kewajipan pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju adalah seperti yang berikut: (a) untuk menentukan dan mengenakan Caj yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan; (b) untuk menentukan dan mengenakan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang hendaklah didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas; (c) untuk mengambil insurans mengikut Akta ini; (d) untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau manamana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu ke atas harta bersama, atau memerintahkan pembaikan atau kerja lain yang hendaklah dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau penambahbaikan lain kepada harta bersama itu; (e) untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar bagi kesemua pemunya petak bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petakpetak; (f) untuk memastikan akaun-akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini diaudit dan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit bagi makluman kepada semua pembeli; (g) untuk menguatkuasakan undang-undang kecil; dan (h) untuk melakukan apa-apa benda lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan yang patut bagi bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (3) Kuasa pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju adalah seperti yang berikut: (a) untuk memungut Caj daripada pemunya petak mengikut kadar unit syer yang diumpukkan bagi petak mereka masing-masing; (b) untuk memungut caruman kepada kumpulan wang penjelas daripada pemunya petak; (c) untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama; (d) untuk mendapatkan daripada mana-mana pemunya petak apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh pemaju berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah yang disebut di bawah perenggan (2)(d); dan (e) untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini. (4) Semasa tempoh pengurusan pemaju— (a) pemaju hendaklah memastikan bahawa suatu kawasan yang berasingan dan berlainan dikhaskan daripada harta bersama kawasan pemajuan itu semata-mata bagi maksud suatu pejabat pentadbiran untuk menjalankan kewajipan pemaju di bawah Akta ini; dan (b) pemaju tidak boleh membuat apa-apa kontrak yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu bagi apa-apa tempoh selepas habisnya tempoh pengurusan pemaju. (5) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next