My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 10

Strata Management Act 2013 s 10

s 10 Developer to establish maintenance account

(1) A developer shall open one maintenance account in respect of each development area with a bank or financial institution— (a) if vacant possession of a parcel was delivered before the commencement of this Act, on the date of the commencement of this Act; or (b) if vacant possession of a parcel is delivered after the commencement of this Act, at any time before the delivery of vacant possession, but in any case, before the Charges are collected from the purchaser of any parcel in the development area. (2) Each maintenance account shall be operated and maintained by the developer until the expiry of the developer’s management period. (3) The developer shall deposit into the maintenance account— (a) the Charges received by the developer from the purchasers in the development area; and (b) the Charges to be paid by the developer in respect of those parcels in the development area which have not been sold, and all such moneys shall be deposited into the maintenance account within three working days of receiving the moneys. (4) Notwithstanding any other written law to the contrary, all moneys in the maintenance account shall— (a) not form part of the property of the developer; (b) be held in trust for the purchasers; and (c) only be used by the developer solely for the purpose of meeting the actual or expected general or regular expenditure necessary in respect of the following matters: (i) maintaining the common property in good condition on a day-to-day basis; (ii) paying for the expenses incurred in providing cleaning services for the common property, security services and amenities for the occupiers of the building; (iii) paying any premiums for the insurance effected under this Act; (iv) complying with any notice or order given or made by the local authority in respect of periodical inspection of any building in the development area in the manner as specified in the Street, Drainage and Building Act 1974; (v) minor painting work on premises of the common property; (vi) carrying out inspection of all electrical wiring systems of the common property and replacing or repairing any faulty wiring system, if any; (vii) carrying out inspection, maintenance and repair of the main water tanks; (viii) paying rent and rates, if any; (ix) paying any fee incurred for the auditing of the accounts required to be maintained by the developer under this Act; (x) paying all charges reasonably incurred for the administration of the accounts required to be maintained by the developer under this Act as may be determined by the Commissioner; (xi) paying the remuneration or fees for the managing agent appointed under Part VI; (xii) paying any expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of services, including the engagement of consultants, legal fees or costs and other fees and costs, properly incurred or accepted by the developer in the performance of its functions and the exercise of its powers under this Act; or (xiii) meeting other expenses of a general or regular nature relating to the maintenance and management of the building or land intended for subdivision into parcels and the common property. (5) In the event that— (a) the developer enters into any composition or arrangement with his creditors or has a receiving order or an adjudication order made against him; or (b) the developer, being a company, goes into voluntary or compulsory liquidation, the moneys in the maintenance account shall vest in the administrator, official receiver, trustee in bankruptcy or liquidator, as the case may be, to be applied for all or any of the purposes for which moneys in the maintenance account are authorized to be applied under this Act. (6) Any money remaining in the maintenance account, after all payments have been properly made under this Act, shall be held by the administrator, official receiver, trustee in bankruptcy or liquidator, as the case may be, and shall be transferred into a maintenance account in the name of the joint management body. (7) Any person who fails to comply with subsection (1), (2), (3), (4), (5) or (6) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan

(1) Pemaju hendaklah membuka satu akaun penyenggaraan berkenaan dengan setiap kawasan pemajuan dengan suatu bank atau institusi kewangan— (a) jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (b) jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum Caj dipungut daripada pembeli bagi mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu. (2) Setiap akaun penyenggaraan hendaklah dikendalikan dan disenggarakan oleh pemaju sehingga habis tempoh pengurusan pemaju. (3) Pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam akaun penyenggaraan— (a) Caj yang diterima oleh pemaju daripada pembeli di dalam kawasan pemajuan; dan (b) Caj yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan itu yang belum dijual, dan semua wang itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun penyenggaraan dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu. (4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, semua wang dalam akaun penyenggaraan hendaklah— (a) tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju; (b) dipegang dalam amanah bagi pembeli; dan (c) hanya digunakan oleh pemaju semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut: (i) menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari; (ii) membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan; (iii) membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini; (iv) mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; (v) kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama; (vi) menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik bagi harta bersama dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada; (vii) menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama; (viii) membayar sewa dan kadar, jika ada; (ix) membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini; (x) membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh pemaju di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; (xi) membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI; (xii) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh pemaju dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau (xiii) membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (5) Sekiranya— (a) pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau perintah penghukuman yang dibuat terhadapnya; atau (b) pemaju, sebagai suatu syarikat, dilikuidasikan secara sukarela atau wajib, wang dalam akaun penyenggaraan hendaklah terletak hak pada pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang baginya wang dalam akaun penyenggaraan itu dibenarkan untuk digunakan di bawah Akta ini. (6) Apa-apa wang yang masih berada dalam akaun penyenggaraan, selepas semua pembayaran telah dibuat dengan sepatutnya di bawah Akta ini, hendaklah dipegang oleh pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah dipindahkan ke dalam akaun penyenggaraan atas nama badan pengurusan bersama. (7) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next