My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 11

Strata Management Act 2013 s 11

s 11 Developer to establish sinking fund account

(1) A developer shall open one sinking fund account in respect of each development area with a bank or financial institution— (a) if vacant possession of a parcel was delivered before the commencement of this Act, on the date of the commencement of this Act; or (b) if vacant possession of a parcel is delivered after the commencement of this Act, at any time before the delivery of vacant possession, but in any case, before the contribution to the sinking fund is collected from the purchaser of any parcel in the development area. (2) Each sinking fund account shall be operated and maintained by the developer until the expiry of the developer’s management period. (3) The developer shall deposit into the sinking fund account— (a) the contribution to the sinking fund received by the developer from the purchasers in the development area; and (b) the contribution to the sinking fund to be paid by the developer in respect of those parcels in the development area which have not been sold by the developer, and all such moneys shall be deposited into the sinking fund account within three working days of receiving the moneys. (4) Notwithstanding any other written law to the contrary, all moneys in the sinking fund account shall— (a) not form part of the property of the developer; (b) be held in trust for the purchasers; and (c) be used by the developer solely for the purpose of meeting the actual or expected capital expenditure necessary in respect of the following matters: (i) the painting or repainting of any part of the common property; (ii) the acquisition of any movable property for use in relation to the common property; or (iii) the renewal or replacement of any fixture or fitting comprised in any common property. (5) In the event that— (a) the developer enters into any composition or arrangement with his creditors or has a receiving order or an adjudication order made against him; or (b) the developer, being a company, goes into voluntary or compulsory liquidation, the moneys in the sinking fund account shall vest in the administrator, official receiver, trustee in bankruptcy or liquidator, as the case may be, to be applied for all or any of the purposes for which moneys in the sinking fund account are authorized to be applied under this Act. (6) Any money remaining in the sinking fund account, after all payments have been properly made under this Act, shall be held by the administrator, official receiver, trustee in bankruptcy or liquidator, as the case may be, and shall be transferred into a sinking fund account in the name of the joint management body. (7) Any person who fails to comply with subsection (1), (2), (3), (4), (5) or (6) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas

(1) Pemaju hendaklah membuka satu akaun kumpulan wang penjelas berkenaan dengan setiap kawasan pemajuan dengan suatu bank atau institusi kewangan— (a) jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (b) jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum caruman kepada kumpulan wang penjelas dipungut daripada pembeli bagi mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu. (2) Setiap akaun kumpulan wang penjelas hendaklah dikendalikan dan disenggarakan oleh pemaju sehingga habis tempoh pengurusan pemaju. (3) Pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas— (a) caruman kepada kumpulan wang penjelas yang diterima oleh pemaju daripada pembeli di dalam kawasan pemajuan; dan (b) caruman kepada kumpulan wang penjelas yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak di dalam kawasan pemajuan yang belum dijual oleh pemaju itu, dan semua wang itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas dalam masa tiga hari bekerja daripada penerimaan wang itu. (4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, semua wang dalam akaun kumpulan wang penjelas hendaklah— (a) tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju; (b) dipegang dalam amanah bagi pembeli; dan (c) digunakan oleh pemaju semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut: (i) pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama; (ii) pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung dengan harta bersama; atau (iii) pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat di dalam mana-mana harta bersama. (5) Sekiranya— (a) pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau perintah penghukuman yang dibuat terhadapnya; atau (b) pemaju itu, sebagai suatu syarikat, dilikuidasikan secara sukarela atau wajib, wang dalam akaun kumpulan wang penjelas hendaklah terletak hak pada pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang baginya wang dalam akaun kumpulan wang penjelas itu dibenarkan untuk digunakan di bawah Akta ini. (6) Apa-apa wang yang masih berada dalam akaun kumpulan wang penjelas, selepas semua pembayaran telah dibuat dengan sepatutnya di bawah Akta ini, hendaklah dipegang oleh pentadbir, pegawai penerima, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah dipindahkan ke dalam akaun kumpulan wang penjelas atas nama badan pengurusan bersama. (7) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next