(1) Upon the termination of a management agreement entered into under subsection 86(2), the managing agent shall—
(a) not more than one month from such termination, prepare and submit to the Commissioner the unaudited accounts of the maintenance account and the sinking fund account, and hand over to the Commissioner a complete list of the assets and liabilities of such maintenance account and sinking fund account and all records related to and necessary for the maintenance and management of the building or land; and
(b) not later than three months from such termination, submit to the Commissioner the audited accounts of the maintenance account and the sinking fund account.
(2) Any managing agent who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(3) In the event of the termination of the management agreement, the Commissioner may appoint another managing agent to maintain and manage the building or land for a period to be specified by the Commissioner.
Malay text (authoritative)
Penamatan perjanjian pengurusan
(1) Apabila perjanjian pengurusan yang dibuat di bawah subseksyen 86(2) ditamatkan, ejen pengurusan hendaklah—
(a) tidak lebih daripada satu bulan dari penamatan itu, menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya akaun yang belum diaudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas, dan menyerahkan kepada Pesuruhjaya suatu senarai lengkap aset dan liabiliti bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas itu dan semua rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah itu; dan
(b) tidak lewat daripada tiga bulan dari penamatan itu, mengemukakan kepada Pesuruhjaya akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas.
(2) Mana-mana ejen pengurusan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3) Sekiranya perjanjian pengurusan ditamatkan, Pesuruhjaya boleh melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan atau tanah itu bagi suatu tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).