s 95 Insurance where area cannot be separated from main premises of building
(1) Where any limited common property is maintained and managed by a subsidiary management corporation, and the areas maintained and managed by the subsidiary management corporation
cannot be separated from the main premises of the building maintained or managed by the management corporation—
(a) the management corporation shall insure the building under a damage policy; and
(b) the premiums paid for such insurance shall be apportioned between the subsidiary management corporation and the management corporation in accordance with the share units of the proprietors constituting the subsidiary management corporation against the aggregate share units of the proprietors constituting the management corporation.
(2) For the purpose of this section, “cannot be separated from the main premises of the building” means that the area maintained and managed by the subsidiary management corporation does not exist as an independent structure, and any damage to the structure or its facilities will materially affect the existence or usability of all other structures within its vicinity.
Malay text (authoritative)
Insurans jika kawasan tidak boleh diasingkan daripada premis utama bangunan
(1) Jika mana-mana harta bersama terhad disenggarakan dan diuruskan oleh suatu perbadanan pengurusan subsidiari, dan kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu tidak boleh diasingkan daripada premis utama bangunan yang disenggarakan atau diuruskan oleh perbadanan pengurusan—
(a) perbadanan pengurusan itu hendaklah menginsuranskan bangunan itu di bawah suatu polisi kerosakan; dan
(b) premium yang dibayar bagi insurans itu hendaklah dibahagikan antara perbadanan pengurusan subsidiari dengan perbadanan pengurusan itu mengikut unit syer bagi pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu terhadap unit syer agregat bagi pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “tidak boleh diasingkan daripada premis utama bangunan” ertinya bahawa kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari tidak wujud sebagai suatu struktur yang bebas, dan apa-apa kerosakan kepada struktur itu atau kemudahannya akan menjejaskan secara material kewujudan atau kebolehgunaan semua struktur lain di dalam kawasan sekitarnya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).