My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 96

Strata Management Act 2013 s 96

s 96 Insurance where area can be separated from main premises of building

(1) Where any limited common property is maintained and managed by a subsidiary management corporation, and the area maintained and managed by the subsidiary management corporation can be separated from the main premises of the building maintained or managed by the management corporation— (a) the management corporation shall insure the part of the building excluding the area managed by the subsidiary management corporation; and (b) the subsidiary management corporation shall insure the part of the building excluding the area managed by the management corporation. (2) For the purpose of this section, “can be separated from the main premises of the building” means that the area maintained and managed by the subsidiary management corporation exists as an independent structure, and any damage to the structure or its facilities will not materially affect the existence or usability of all other structures within its vicinity.

Malay text (authoritative)

Insurans jika kawasan boleh diasingkan daripada premis utama bangunan

(1) Jika mana-mana harta bersama terhad disenggarakan dan diuruskan oleh suatu perbadanan pengurusan subsidiari, dan kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari itu boleh diasingkan daripada premis utama bangunan yang disenggarakan atau diuruskan oleh perbadanan pengurusan— (a) perbadanan pengurusan itu hendaklah menginsuranskan bahagian bangunan yang tidak termasuk kawasan yang diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari; dan (b) perbadanan pengurusan subsidiari itu hendaklah menginsuranskan bahagian bangunan yang tidak termasuk kawasan yang diuruskan oleh perbadanan pengurusan. (2) Bagi maksud seksyen ini, “boleh diasingkan daripada premis utama bangunan” ertinya bahawa kawasan yang disenggarakan dan diuruskan oleh perbadanan pengurusan subsidiari wujud sebagai suatu struktur yang bebas, dan apa-apa kerosakan kepada struktur itu atau kemudahannya tidak akan menjejaskan secara material kewujudan atau kebolehgunaan semua struktur lain di dalam kawasan sekitarnya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next