(1) A transfer order shall be valid and enforceable by and against an operator or a participant of a certified designated payment system and shall be final and shall not be revoked, reversed or set aside by any person from the time the transfer order is determined to be final under the rules of the certified designated payment system required to be established under paragraph 35(2)(a) and no order shall be made by any court for the rectification or stay of such transfer order.
(2) A netting arrangement shall be valid and enforceable and an operator or a participant of a certified designated payment system shall do whatever is permitted or required under the netting arrangement in order to give effect to the netting arrangement.
(3) Any payment or settlement obligations owed to an operator or a participant of a certified designated payment system under the netting arrangement that has not been discharged—
(a) is provable in insolvency proceedings; and
(b) may be recovered for the benefit of creditors.
(4) Without limiting the generality of subsection 40(2), any transfer order that is final and irrevocable under subsection (1) and any netting arrangement that is valid and enforceable under subsections (2) and (3), shall be given effect notwithstanding anything to the contrary contained in—
(a) sections 223 and 224 of the Companies Act 1965 in relation to the avoidance of dispositions of property;
(b) section 296 of the Companies Act 1965, section 59 of the Bankruptcy Act 1967 [Act 360] or subsection 40(1) of the Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 [Act 587] in relation to the disclaiming of an onerous property;
(c) section 219 of the Companies Act 1965 and section 47 of the Bankruptcy Act 1967 in relation to the time of commencement of insolvency;
(d) section 293 of the Companies Act 1965 and section 53 of the Bankruptcy Act 1967 in relation to undue preference; and
(e) section 222 of the Companies Act 1965 and section 10 of the Bankruptcy Act 1967 in relation to the power to stay or restrain proceedings.
Malay text (authoritative)
Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih
(1) P e r i n t a h p e m i n d a h a n h e n d a k l a h s a h d a n dikuatkuasakan oleh dan terhadap pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku dan hendaklah muktamad dan tidak boleh dibatalkan, berbalik atau diketepikan oleh mana-mana orang dari masa perintah pemindahan itu diputuskan sebagai muktamad di bawah kaedah-kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu dikehendaki supaya diadakan di bawah perenggan 35(2)(a) dan tiada perintah pun boleh dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi pembetulan atau penggantungan perintah pemindahan itu.
(2) Perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku hendaklah melakukan apa-apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.
(3) Apa-apa pembayaran atau obligasi penyelesaian yang terhutang kepada pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—
(a) boleh dibuktikan dalam prosiding ketidaksolvenan; dan
(b) boleh didapatkan semula bagi manfaat pemiutang.
(4) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen 40(2), apa-apa perintah pemindahan yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa perkiraan penghasilan bersih
yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3), hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan yang terkandung dalam—
(a) seksyen 223 dan 224 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan pengelakan pelupusan harta;
(b) seksyen 296 Akta Syarikat 1965, seksyen 59 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 [Akta 587] berhubungan dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;
(c) seksyen 219 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47 Akta Kebankrapan 1967 berhubungan dengan masa permulaan ketidaksolvenan;
(d) seksyen 293 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53 Akta Kebankrapan 1967 berhubungan dengan keutamaan yang tidak patut; dan
(e) seksyen 222 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10 Akta Kebankrapan 1967 berhubungan dengan kuasa untuk menggantung atau menyekat prosiding.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).