This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 114 Protection of informers from discovery
(1) Except as hereinafter provided, no witness in any civil or criminal proceedings shall be obliged or permitted to disclose the name, address or any information of an informer or the substance of the information received from him or to state any matter which might lead to his discovery.
(2) If any books, documents or papers which are in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceedings whatsoever contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all the passages to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery.
(3) If in the trial for any offence under this Act the court after full enquiry into the case believes that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry, and require full disclosure, concerning the informer.
Malay text (authoritative)
Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudiannya, tiada saksi dalam mana-mana prosiding guaman atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat diketahui.
(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadam setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
(3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).