My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 23

Goods and Services Tax Act 2014 s 23

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 23 Direction to treat persons as a single taxable person

(1) Without prejudice to section 20, where the Director General is satisfied that any separation of business activities is artificial resulting in an avoidance of tax, he may make a direction directing that the persons named in the direction be treated as a single taxable person carrying on the activities of the business described in that direction and that single taxable person shall be liable to be registered with effect from the date specified in the direction. (2) For the purposes of subsection (1), in determining whether any separation of business activities is artificial, regard shall be had to the extent to which the different persons carrying on those business activities are closely bound to one another by financial, economic and organizational links. (3) The Director General may make a direction naming any person if the Director General is satisfied— (a) that the person is making or has made taxable supplies; (b) that the activities in the course of which the person makes or has made those taxable supplies form only part of certain activities in the business and that the other activities in that business whether or not they are similar to the activities carried on by that person are being carried on concurrently or previously, or both, by one or more other persons; and (c) that if all the taxable supplies made in that business were taken into account, the person carrying on that business would, at the time of the direction, be required to be registered by virtue of section 20. (4) Any direction made shall be served on each of the persons named in it. (5) Where, after a direction had been given under this section by specifying a description of the business, it appears to the Director General that any person who has not been named in that direction is making taxable supplies in the course of activities which should be regarded as part of the business activities, the Director General may make and serve on that person a supplementary direction referring to the earlier direction and the description of business specified in it, and adding that person’s name to those of the persons named in the earlier direction with effect from— (a) the date on which that person began to make the taxable supplies; or (b) the date specified in the earlier direction in which the single taxable person referred to is registered under subsection (1), whichever is the later. (6) Where, immediately before any direction, including a supplementary direction, is made, any person named in the direction is registered in respect of taxable supplies made by him as specified in subsection (3) or (5), his registration shall be revoked by the Director General with effect from the date the single taxable person is registered under subsection (1) and upon the revocation of his registration, he together with all the persons named in the direction shall be treated as a single taxable person under this section. (7) In relation to a business specified in a direction, the persons named in the direction together with the person named in the supplementary direction relating to that business being the persons who together are to be treated as a single taxable person are referred to as “the constituent members” in subsections (8) and (9). (8) Where any direction is made under this section— (a) the single taxable person carrying on the business specified in the direction shall be registered in the name to be jointly nominated by the persons named in the direction by notice in writing given to the Director General not later than fourteen days after the date of the direction or, in default of the nomination, in the name as may be specified in the direction; (b) any taxable supply made by one of the constituent members in the course of the activities of the single taxable person shall be treated as being a taxable supply made by the single taxable person; (c) each of the constituent members shall be jointly and severally liable for any tax due and payable by the single taxable person; (d) without prejudice to paragraph (c), any failure by the single taxable person to comply with any requirement imposed by or under this Act shall be treated as a failure by each of the constituent members severally; and (e) subject to paragraphs (a) to (d), the constituent members shall be treated as a partnership carrying on the business of the single taxable person and any question as to the scope of the activities of that business at any time shall be determined accordingly. (9) Where it appears to the Director General that any person who is one of the constituent members should no longer be regarded as such for the purposes of paragraphs (8)(c) and (d) and the Director General gives notice in writing to that effect, that person shall not have any liability by virtue of those paragraphs for anything done after the date specified in that notice and accordingly on that date he shall be treated as having ceased to be a member of the partnership referred to in paragraph (8)(e).

Malay text (authoritative)

Arahan untuk mengira orang sebagai orang kena cukai tunggal

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 20, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa apa-apa perasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat yang menyebabkan pengelakan cukai, dia boleh membuat suatu arahan mengarahkan supaya orang yang dinamakan dalam arahan itu dikira sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu dan bahawa orang kena cukai tunggal itu hendaklah bertanggungan untuk berdaftar berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam arahan itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa perasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat mana orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi. (3) K e t u a P e n g a r a h b o l e h m e m b u a t a r a h a n d e n g a n menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati— (a) bahawa orang itu membuat atau telah membuat pembekalan bercukai; (b) bahawa aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu membuat atau telah membuat pembekalan bercukai itu menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu sama ada aktiviti itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu sedang dijalankan serentak atau sebelumnya atau tidak, atau kedua-duanya, oleh seorang orang lain atau lebih; dan (c) bahawa jika semua pembekalan bercukai yang dibuat dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 20. (4) Apa-apa arahan yang dibuat hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu. (5) Jika, selepas suatu arahan telah diberikan di bawah seksyen ini dengan menyatakan perihal perniagaan itu, ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang membuat pembekalan bercukai dalam penjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang merujuk kepada arahan yang terdahulu dan perihal perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu, dan menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan yang terdahulu berkuat kuasa dari— (a) tarikh orang itu mula-mula membuat pembekalan bercukai; atau (b) tarikh yang dinyatakan dalam arahan yang terdahulu yang orang kena cukai tunggal yang disebut itu adalah berdaftar di bawah subseksyen (1), yang mana terkemudian. (6) Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan, termasuk arahan tambahan, dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu didaftarkan berkenaan dengan pembekalan bercukai yang dibuat olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal itu didaftarkan di bawah subseksyen (1) dan sebaik pembatalan pendaftarannya, dia berserta dengan semua orang yang dinamakan dalam arahan itu hendaklah dikira sebagai orang kena cukai tunggal di bawah seksyen ini. (7) Berhubung dengan sesuatu perniagaan yang dinyatakan dalam sesuatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu berserta dengan orang yang dinamakan dalam arahan tambahan itu yang berhubungan dengan perniagaan itu sebagai orang yang bersama-sama dikira sebagai orang kena cukai tunggal adalah disebut sebagai “anggota konstituen” dalam subseksyen (8) dan (9). (8) Jika apa-apa arahan dibuat di bawah seksyen ini— (a) orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan dengan nama yang akan dicadangkan secara bersesama oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu melalui notis secara bertulis diberikan kepada Ketua Pengarah tidak kurang daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu atau, jika cadangan itu tidak dibuat, dengan nama sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu; (b) mana-mana pembekalan bercukai yang dibuat oleh salah seorang daripada anggota konstituen dalam perjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal hendaklah dikira sebagai pembekalan bercukai yang dibuat oleh orang kena cukai tunggal; (c) setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal; (d) tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai suatu kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan (e) tertakluk kepada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dikira sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal dan apa-apa persoalan tentang skop aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya. (9) Jika ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak patut lagi dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (8)(c) dan (d) dan Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis yang bermaksud sedemikian, orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan itu bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan dengan itu dan sewajarnya pada tarikh itu dia hendaklah dikira sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (8)(e).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next