This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 24 Voluntary registration
(1) Where any person who is not liable to be registered satisfies the Director General that he is carrying on a business and he—
(a) makes a taxable supply including a taxable supply which is disregarded under this Act; or
(b) intends to make a taxable supply, in the course or furtherance of that business, the Director General may, if the person applies in the prescribed form and subject to such conditions as the Director General deems fit to impose, register the person from such date as the Director General may determine and the person shall remain registered for a period of not less than two years or such other shorter period.
(2) Where any person who is not liable to be registered satisfies the Director General that he is carrying on a business and he—
(a) makes a supply outside Malaysia which would be a taxable supply if made in Malaysia; or
(b) intends to make a supply outside Malaysia which would be a taxable supply if made in Malaysia,
in the course or furtherance of that business, and in either case he—
(a) has a business establishment in Malaysia or his usual place of residence is in Malaysia; and
(b) does not make and does not intend to make a taxable supply in Malaysia,
the Director General may, if the person applies in a prescribed form and subject to such conditions as the Director General deems fit to impose, register the person from such date as the Director General may determine.
(3) The Director General may cancel the registration of a person under paragraph (1)(b) or (2)(b) if he does not begin to make a supply by the intended date in his application or if he is in breach of any condition imposed under subsection (1) or (2).
(4) The Director General may refuse any application for registration made under subsection (1) or (2) as he deems fit.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran secara sukarela
(1) Jika mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk berdaftar memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia menjalankan suatu perniagaan dan dia—
(a) membuat pembekalan bercukai termasuk pembekalan bercukai yang tidak diambil kira di bawah Akta ini; atau
(b) berniat untuk membuat pembekalan bercukai,
dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh, jika orang itu memohon dalam borang yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah, mendaftarkan orang itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan orang itu hendaklah kekal berdaftar bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang lebih pendek.
(2) Jika mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk berdaftar memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia menjalankan suatu perniagaan dan dia—
(a) membuat pembekalan di luar Malaysia yang akan menjadi suatu pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia; atau
(b) berniat untuk membuat pembekalan di luar Malaysia yang akan menjadi suatu pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia,
dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu, dan dalam mana-mana yang berkenaan dia—
(A) mempunyai suatu establismen perniagaan di Malaysia atau tempat tinggal biasanya ialah di Malaysia; dan
(B) tidak membuat dan tidak berniat untuk membuat pembekalan bercukai di Malaysia,
Ketua Pengarah boleh, jika orang itu memohon dalam borang yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah, mendaftarkan orang itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3) Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran seseorang di bawah perenggan (1)(b) atau (2)(b) jika dia belum bermula untuk membuat suatu pembekalan mengikut tarikh yang diniatkan dalam permohonannya itu atau jika dia melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) atau (2).
(4) Ketua Pengarah boleh menolak apa-apa permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) sebagaimana yang difikirkannya patut.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).