This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 27 Group registration
(1) Two or more companies are eligible to be treated as members of a group if they satisfy the conditions as may be prescribed.
(2) Members of a group may apply in the prescribed form to the Director General to be treated as a group and every member shall, in that application, nominate a member to be their representative member.
(3) The Director General may, as he deems fit, approve or refuse any application made under subsection (2) and upon approval, impose conditions.
(4) The Director General may, as he deems fit, refuse to register the member nominated by the members of the group as the representative member.
(5) The registration of a group shall be in the name of the representative member.
(6) Where companies have been treated as a group—
(a) any taxable supply of goods or services by a member of the group to another member of the group shall be disregarded;
(b) any taxable supply of goods or services by or to a member of the group shall be treated as a supply by or to the representative member;
(c) any business carried on by a member of the group shall be treated as carried on by the representative member; and
(d) any importation of goods or supply of imported services by any member shall be treated as being imported by the representative member and any tax paid or due and payable by a member of the group on the importation of goods or supply of imported services shall be treated as paid or due and payable by the representative member.
(7) All members of the group shall be liable jointly and severally for any tax due and payable by the representative member.
(8) The Director General may cancel the registration of a group or terminate the treatment of a company as a member of a group as he deems fit.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran kumpulan
(1) Dua syarikat atau lebih adalah layak untuk dikira sebagai anggota suatu kumpulan jika syarikat itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
(2) Anggota suatu kumpulan boleh memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan untuk dikira sebagai suatu kumpulan dan tiap-tiap anggota hendaklah, dalam permohonan itu, mencalonkan seorang anggota untuk menjadi anggota wakil mereka.
(3) Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, meluluskan atau menolak apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2) dan apabila diluluskan, mengenakan syarat-syarat.
(4) Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, menolak untuk mendaftarkan anggota yang dinamakan oleh anggota-anggota kumpulan sebagai anggota wakil.
(5) Pendaftaran suatu kumpulan hendaklah atas nama anggota wakil itu.
(6) Jika syarikat telah dikira sebagai suatu kumpulan—
(a) apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan oleh suatu anggota kumpulan kepada suatu anggota kumpulan yang lain tidaklah boleh diambil kira;
(b) apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan oleh atau kepada suatu anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan oleh atau kepada anggota wakil;
(c) apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai dijalankan oleh anggota wakil; dan
(d) apa-apa pengimportan barang atau pembekalan perkhidmatan yang diimport oleh mana-mana anggota hendaklah dikira sebagai diimport oleh anggota wakil dan apa-apa cukai yang dibayar atau genap masa dan kena dibayar oleh anggota kumpulan ke atas pengimpotan barang atau pembekalan perkhidmatan yang diimport itu hendaklah dikira sebagai dibayar atau genap masa dan kena dibayar oleh anggota wakil.
(7) Semua anggota kumpulan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar oleh anggota wakil.
(8) Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran sesuatu kumpulan atau menamatkan layanan sesuatu syarikat sebagai anggota suatu kumpulan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).