My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 28

Goods and Services Tax Act 2014 s 28

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 28 Registration of partnership

(1) The registration— (a) of persons carrying on a business in a partnership shall be in the name of the firm; and (b) of the same persons carrying on separate businesses in a partnership may be in the separate names of the respective firms. (2) In determining whether goods or services are supplied to or by the persons referred to in subsection (1), no account shall be taken of any change in the partnership. (3) Any person who ceases to be a partner in a partnership shall— (a) notify the Director General in writing of the date of cessation within thirty days from the date of cessation; and (b) pay for the proportion of the partnership’s liability on any tax due and payable on any supply of goods or services by the partnership until the date of cessation. (4) Where any person ceases to be a partner in a partnership during any taxable period or is treated as so doing by virtue of subsection (3), any notice, whether of assessment or otherwise, which is served on the partnership and relates to the taxable period or to any other taxable period during the whole or part of which he was a partner in the partnership, shall be deemed as to have been served also on him. (5) Notwithstanding any written law to the contrary, any notice, whether of assessment or otherwise, which is addressed to a partnership by the name in which it is registered under this Act, and is served in accordance with this Act shall be deemed as having been properly served on the partnership and accordingly, where subsection (4) applies, as having been properly served on any previous partner. (6) Subsections (1) and (4) shall not affect the extent to which, under any other written law, a partner is liable for tax owed by the firm. (7) Where a person is a partner in a firm during part only of a taxable period, his liability for tax on any supply of goods or services by the firm during the taxable period shall be the proportion of the firm’s liability as may be just. (8) Where any notice is required to be given by a partnership under this Act, it shall be the joint and several liability of all partners to give the notice, except that if a notice is given by any one partner, it shall be regarded as sufficient compliance with the requirement. (9) Any person who contravenes paragraph (3)(a) or (b) commits an offence. (10) For the purposes of this section, a partnership excludes a limited liability partnership.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran perkongsian

(1) Pendaftaran— (a) orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu perkongsian hendaklah atas nama firma itu; dan (b) orang yang sama yang menjalankan perniagaan yang berasingan dalam suatu perkongsian boleh atas nama berasingan firma masing-masing. (2) Dalam menentukan sama ada barang atau perkhidmatan dibekalkan kepada atau oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1), tidaklah boleh diambil kira apa-apa perubahan dalam perkongsian itu. (3) Mana-mana orang yang terhenti menjadi rakan kongsi dalam suatu perkongsian hendaklah— (a) memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis berkenaan tarikh pemberhentian itu dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemberhentian; dan (b) membayar perkadaran tanggungan perkongsian ke atas apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan oleh perkongsian itu sehingga tarikh pemberhentian itu. (4) Jika mana-mana orang terhenti menjadi rakan kongsi dalam suatu perkongsian selama apa-apa tempoh bercukai atau dikira sebagai berbuat demikian menurut kuasa subseksyen (3), apa-apa notis, sama ada taksiran atau selainnya, yang disampaikan kepada perkongsian itu dan yang berhubung dengan tempoh bercukai itu atau apa-apa tempoh bercukai yang lain selama keseluruhan atau sebahagian yang dia menjadi rakan kongsi dalam perkongsian itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan juga kepadanya. (5) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa notis, sama ada taksiran atau selainnya, yang dialamatkan kepada suatu perkongsian mengikut nama yang dengannya perkongsian itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan disampaikan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sepatutnya kepada perkongsian itu dan dengan demikian itu, jika subseksyen (4) terpakai, sebagai telah disampaikan dengan sepatutnya kepada mana-mana rakan kongsi yang terdahulu. (6) Subseksyen (1) dan (4) tidaklah boleh menjejaskan takat, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seorang rakan kongsi bertanggungan bagi cukai yang terhutang oleh firma itu. (7) Jika seseorang ialah rakan kongsi dalam suatu firma semasa sebahagian sahaja suatu tempoh bercukai, tanggungannya bagi cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan oleh firma itu semasa tempoh bercukai hendaklah menjadi perkadaran tanggungan firma sebagaimana yang patut. (8) Jika apa-apa notis dikehendaki supaya diberikan oleh suatu perkongsian di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungan semua rakan kongsi secara bersesama dan berasingan untuk memberikan notis itu, kecuali bahawa jika suatu notis diberikan oleh mana-mana satu rakan kongsi, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu. (9) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) atau (b) melakukan suatu kesalahan. (10) Bagi maksud seksyen ini, suatu perkongsian tidak termasuk suatu perkongsian liabiliti terhad.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next