This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 3 Meaning of “business”
(1) In this Act, “business” includes any trade, commerce, profession, vocation or any other similar activity, whether or not it is for a pecuniary profit.
(2) Without prejudice to the generality of any other provision in this Act, the following are deemed to be the carrying on of a business:
(a) the provision by a club, association, society, management corporation, joint management body or organization (for a subscription or other consideration) of the facilities or benefits available to its members or parcel proprietors, as the case may be; and
(b) the admission, for a consideration, of persons to any premise.
(3) Anything done in connection with the commencement, termination or intended termination of a business is treated as being done in the course or furtherance of that business.
(4) Subject to the Second Schedule, the disposition of any business as a going concern, or of its assets or liabilities (whether or not in connection with its reorganization or winding-up), is a supply made in the course or furtherance of the business.
(5) Where any person, in carrying on any trade, commerce, profession, vocation or any other similar activity accepts any office, any services supplied by the person as the holder of the office shall be treated as supplied in the course or furtherance of that trade, commerce, profession, vocation or any other similar activity.
Malay text (authoritative)
Pengertian “perniagaan”
(1) Dalam Akta ini, “perniagaan” termasuklah apa-apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain, sama ada bagi keuntungan wang atau tidak.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan makna mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, yang berikut adalah disifatkan sebagai menjalankan suatu perniagaan:
(a) kemudahan atau manfaat yang tersedia kepada anggota-anggotanya atau pemilik petaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh sesuatu kelab, persatuan, pertubuhan, perbadanan pengurusan, badan pengurusan bersama atau organisasi (bagi suatu yuran atau balasan lain); dan
(b) penerimaan masuk seseorang ke mana-mana premis bagi suatu balasan.
(3) Apa-apa yang dilakukan berkaitan dengan permulaan, penamatan atau penamatan yang diniatkan sesuatu perniagaan dikira sebagai telah dilakukan dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu.
(4) Tertakluk kepada Jadual Kedua, pelupusan apa-apa perniagaan sebagai suatu usaha berterusan, atau aset atau tanggungannya (sama ada berkaitan dengan penstrukturan semula atau penggulungannya atau tidak), ialah suatu pembekalan yang dibuat dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu.
(5) Jika mana-mana orang, dalam menjalankan apa-apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain menerima apa-apa jawatan, apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan oleh orang itu sebagai pemegang jawatan hendaklah dikira sebagai dibekalkan dalam penjalanan urusan atau penerusan tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).