My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 33

Goods and Services Tax Act 2014 s 33

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 33 Issuance of tax invoice

(1) Except as otherwise provided in this section, every registered person who makes any taxable supply of goods or services in the course or furtherance of any business in Malaysia shall issue a tax invoice containing the prescribed particulars in respect of the supply. (2) Any registered person who— (a) fails to issue a tax invoice; or (b) issues a tax invoice which does not contain any of the prescribed particulars, commits an offence. (3) Notwithstanding subsection (1), the Director General may, upon request in writing and subject to conditions as he deems fit to impose, approve— (a) any one or more of the prescribed particulars not to be contained on a tax invoice; or (b) a tax invoice not to be issued if he is satisfied that it will not be appropriate for the registered person to issue a tax invoice: Provided that in the case of paragraph (a), the registered person shall include the recipient’s name and address in the tax invoice upon request by the recipient. (4) Any registered person under subsection (3) who issues a tax invoice which does not contain any of the prescribed particulars as approved by the Director General under paragraph (3)(a) or refuses to issue a tax invoice containing recipient’s name and address upon request by the recipient commits an offence. (5) Where a recipient who is a registered person provides a document to himself namely a self-billed invoice in respect of a supply of goods or services to him by another registered person, the recipient may apply in writing to the Director General for such self-billed invoice to be treated as a tax invoice if— (a) the value is not known by the supplier at the time of making the supply; (b) the supplier and the recipient are both registered persons; (c) the supplier and the recipient agree in writing to a self-billed invoice; and (d) the supplier and the recipient agree that the supplier shall not issue a tax invoice in respect of any supply to which this section applies, and upon approval, the self-billed invoice shall contain prescribed particulars and the Director General may impose any of the prescribed conditions. (6) Any recipient referred to in subsection (5) who— (a) issues a self-billed invoice without the approval of the Director General; (b) issues a self-billed invoice which does not contain any of the prescribed particulars; or (c) fails to comply with any prescribed condition imposed on him, commits an offence. (7) In the case where the self-billed invoice is issued before the time applicable under paragraph 11(2)(a) or (b) or subsection 11(3), the self-billed invoice shall be issued with payment and failing which, the recipient commits an offence. (8) W h e r e g o o d s d e s c r i b e d i n s u b s e c t i o n 6 5 ( 4 ) o r subparagraph 5(7) of the First Schedule are sold by auction or otherwise than by auction, the auctioneer or the person selling the goods shall issue a document containing the prescribed particulars of the tax chargeable and the document issued to the buyer shall be treated as a tax invoice provided by the taxable person by whom the goods are deemed to be supplied in accordance with subsection 65(4) or subparagraph 5(7) of the First Schedule. (9) Any auctioneer or person selling the goods referred to in subsection (8) who fails to issue a document or issues a document without the prescribed particulars of the tax chargeable to the buyer commits an offence. (10) No invoice showing an amount which purports to be a tax shall be issued— (a) by any person— (i) on any supply of goods or services which is not a taxable supply; (ii) on any zero-rated supply; or (b) by any person who is not a registered person. (11) Any person who contravenes subsection (10) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both and a penalty of two times the amount of tax. (12) A tax invoice under subsection (1) is not required to be issued where a registered person makes the following supply: (a) a zero-rated supply; or (b) a supply made without consideration on which tax is charged. (13) Notwithstanding subsection (1), no tax invoice shall be issued for— (a) any supply of second-hand goods under section 59; (b) any supply of imported services; or (c) any supply of treated or processed goods which is deemed to have been supplied by the recipient under section 72. (14) Any person who issues a tax invoice in contravention of subsection (13) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Pengeluaran invois cukai

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, tiap-tiap orang berdaftar yang membuat apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan dalam perjalanan urusan atau penerusan apa-apa perniagaan di Malaysia hendaklah mengeluarkan suatu invois cukai yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan pembekalan itu. (2) Mana-mana orang berdaftar yang— (a) tidak mengeluarkan suatu invois cukai; atau (b) mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan, melakukan suatu kesalahan. (3) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, apabila terdapat permintaan secara bertulis dan tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, meluluskan— (a) mana-mana satu atau lebih butir yang ditetapkan untuk tidak dikandung dalam suatu invois cukai; atau (b) invois cukai untuk tidak dikeluarkan jika dia berpuas hati bahawa tidak wajar bagi orang berdaftar untuk mengeluarkan suatu invois cukai: Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (a), orang berdaftar itu hendaklah memasukkan nama dan alamat penerima dalam invois cukai atas permintaan penerima. (4) Mana-mana orang berdaftar di bawah subseksyen (3) yang mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (3)(a) atau enggan mengeluarkan suatu invois cukai yang mengandungi nama dan alamat penerima atas permintaan penerima melakukan suatu kesalahan. (5) Jika seseorang penerima yang ialah seorang orang berdaftar menyediakan dokumen kepada dirinya sendiri iaitu suatu invois bil kediri berkenaan dengan suatu pembekalan barang atau perkhidmatan kepadanya oleh orang berdaftar yang lain, penerima itu boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi invois bil kediri sedemikian dikira sebagai suatu invois cukai jika— (a) nilai itu tidak diketahui oleh pembekal pada masa pembekalan dibuat; (b) pembekal dan penerima itu kedua-duanya adalah orang berdaftar; (c) pembekal dan penerima itu bersetuju secara bertulis kepada suatu invois bil kediri; dan (d) pembekal dan penerima itu bersetuju bahawa pembekal itu tidak mengeluarkan suatu invois cukai berkenaan dengan apa-apa pembekalan yang mana seksyen ini terpakai, dan apabila diluluskan, invois bil kediri itu hendaklah mengandungi butir sebagaimana yang ditetapkan dan Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang ditetapkan. (6) Mana-mana penerima yang disebut dalam subseksyen (5) yang— (a) mengeluarkan suatu invois bil kediri tanpa kelulusan Ketua Pengarah; (b) mengeluarkan suatu invois bil kediri yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan; atau (c) tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan yang dikenakan ke atasnya, melakukan suatu kesalahan. (7) Dalam hal yang invois bil kediri dikeluarkan sebelum masa yang terpakai di bawah perenggan 11(2)(a) atau (b) atau subseksyen 11(3), invois bil kediri itu hendaklah dikeluarkan dengan pembayaran dan kegagalan berbuat demikian, penerima itu melakukan suatu kesalahan. (8) Jika barang yang diperihalkan dalam subseksyen 65(4) atau subperenggan 5(7) Jadual Pertama dijual secara lelong atau selain secara lelong, pelelong atau orang yang menjual barang itu hendaklah mengeluarkan suatu dokumen yang mengandungi butir-butir cukai yang boleh dikenakan yang ditetapkan dan dokumen yang dikeluarkan kepada pembeli hendaklah dikira sebagai suatu invois cukai yang disediakan oleh orang kena cukai yang disifatkan membekalkan barang itu mengikut subseksyen 65(4) atau subperenggan 5(7) Jadual Pertama. (9) Mana-mana pelelong atau orang yang menjual barang yang disebut dalam subseksyen (8) yang tidak mengeluarkan suatu dokumen atau mengeluarkan dokumen tanpa butir-butir cukai yang boleh dikenakan yang ditetapkan kepada pembeli melakukan suatu kesalahan. (10) Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai boleh dikeluarkan— (a) oleh mana-mana orang— (i) atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang bukan suatu pembekalan bercukai; (ii) atas apa-apa pembekalan berkadar sifar; atau (b) oleh mana-mana orang yang bukan seorang orang berdaftar. (11) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (10) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dikenakan penalti dua kali ganda amaun cukai. (12) Suatu invois cukai di bawah subseksyen (1) tidak perlu dikeluarkan jika seorang orang berdaftar membuat pembekalan yang berikut: (a) pembekalan berkadar sifar; atau (b) pembekalan yang dibuat tanpa balasan yang dikenakan cukai. (13) Walau apa pun subseksyen (1), tiada invois cukai boleh dikeluarkan bagi— (a) apa-apa pembekalan barang terpakai di bawah seksyen 59; (b) apa-apa pembekalan perkhidmatan diimport; atau (c) apa-apa pembekalan barang yang dirawat atau diproses yang disifatkan telah dibekalkan oleh penerima di bawah seksyen 72. (14) Mana-mana orang yang mengeluarkan suatu invois cukai yang melanggar subseksyen (13) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next