This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 44 Director General may disregard or vary certain arrangements
(1) Where the Director General is satisfied that the purpose or effect of any arrangement is directly or indirectly to—
(a) alter the incidence or postpone the time due of any tax which is due and payable by or which would otherwise have been due and payable by any person;
(b) relieve any person from any liability to pay tax or to furnish a return;
(c) reduce or avoid any liability imposed or which would otherwise have been imposed on any person by this Act;
(d) obtain any credit or refund of input tax or any increase thereof for any person which would not otherwise have been obtained; or
(e) hinder or prevent the operation of this Act in any respect,
the Director General may, without prejudice to such validity as it may have in any other respect or for any other purpose, disregard or vary the arrangement and make such adjustments as he deems fit to counteract any tax advantage obtained or obtainable by that person from or under the arrangement.
(2) For the purposes of this section the Director General may deem—
(a) any person other than a taxable person who is a party to or has participated in any arrangement, to be a taxable person;
(b) any supply of goods or services, whether or not a taxable supply, that is affected by or is part of any arrangement, made to and made by any taxable person or a person deemed to be a taxable person under paragraph (a), to be a taxable supply;
(c) any supply of goods or services that, but for any arrangement affected by this section, would have been the taxable period in which the supply was made, to take place in any taxable period;
(d) any supply of goods or services, that is affected by or is part of any arrangement, to have been made, or consideration for the supply to be given, at open market value.
(3) This section shall not apply to any arrangement carried out for bona fide commercial reasons and had not as one of its main purposes the obtaining of any tax advantage.
(4) For the purposes of this section, “tax advantage” includes—
(a) any avoidance or reduction in the liability of any person to pay tax;
(b) any increase in the entitlement of a person to a credit or refund of input tax;
(c) any reduction in the total consideration payable by any person in respect of any supply of goods or services; or
(d) any postponement of the time when tax is due and payable.
Malay text (authoritative)
Ketua Pengarah boleh tidak mengambil kira atau mengubah perkiraan tertentu
(1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa maksud atau kesan apa-apa perkiraan adalah secara langsung atau tidak langsung—
(a) mengubah apa yang berlaku atau menangguhkan tarikh genap masa mana-mana cukai yang telah genap masa dan kena dibayar oleh atau yang selainnya telah genap masa dan kena dibayar oleh mana-mana orang;
(b) melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan untuk membayar cukai atau untuk mengemukakan suatu penyata;
(c) mengurangkan atau mengelakkan apa-apa tanggungan yang dikenakan atau yang akan selainnya dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini;
(d) memperoleh apa-apa kredit atau pembayaran balik cukai input atau apa-apa pertambahannya bagi mana-mana orang yang jika tidak kerana itu tidak boleh diperoleh; atau
(e) menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa hal,
Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa kesahan perkiraan itu dalam apa-apa hal lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah perkiraan itu dan membuat apa-apa
pelarasan yang difikirkannya patut untuk mengatasi apa-apa faedah cukai yang diperoleh atau boleh diperoleh oleh orang itu daripada atau di bawah perkiraan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini Ketua Pengarah boleh menyifatkan—
(a) mana-mana orang yang selain orang kena cukai yang menjadi suatu pihak kepada atau telah mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan, sebagai seorang orang kena cukai;
(b) apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan, sama ada suatu pembekalan bercukai atau tidak, yang tersentuh oleh atau yang merupakan sebahagian daripada apa-apa perkiraan, yang dibuat kepada dan dibuat oleh mana-mana orang kena cukai atau orang yang disifatkan sebagai seorang orang kena cukai di bawah perenggan (a), sebagai suatu pembekalan bercukai;
(c) apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang, jika tidak kerana apa-apa perkiraan yang tersentuh oleh seksyen ini, yang merupakan tempoh bercukai yang pembekalan itu dibuat, sebagai berlaku dalam apa-apa tempoh bercukai;
(d) apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan, yang tersentuh oleh atau yang merupakan sebahagian daripada apa-apa perkiraan, telah dibuat, atau balasan bagi pembekalan itu diberikan, pada nilai pasaran terbuka.
(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa perkiraan yang dijalankan atas alasan komersial bona fide dan tidak mempunyai sebagai salah satu maksud utamanya pemerolehan apa-apa faedah cukai.
(4) Bagi maksud seksyen ini, “faedah cukai” termasuklah—
(a) apa-apa pengelakan atau pengurangan dalam tanggungan mana-mana orang untuk membayar cukai;
(b) apa-apa pertambahan dalam kelayakan seseorang untuk suatu kredit atau pembayaran balik cukai input;
(c) apa-apa pengurangan dalam jumlah balasan yang kena dibayar oleh mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan; atau
(d) apa-apa penangguhan masa apabila cukai adalah genap masa dan kena dibayar.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).