My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 48

Goods and Services Tax Act 2014 s 48

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 48 Power to collect tax, etc., from person owing money to taxable person

(1) Where any tax is due and payable, surcharge is accrued, or penalty, fee or other money is payable by any taxable person, the Director General may, by notice in writing a copy of which shall be forwarded to the taxable person at his last-known place of address, require— (a) any person by whom any money is due or accruing or may become due and payable to the taxable person; (b) any person who holds or may subsequently hold money for or on account of the taxable person; (c) any person who holds or may subsequently hold money for or on account of some other person for payment to the taxable person; or (d) any person having authority from any other person to pay money to the taxable person, to pay to the Director General forthwith, or within the time as the Director General allows, the money not being salary or wages due or accruing to the taxable person or so much thereof as is sufficient to pay the tax due and payable, surcharge accrued, or penalty, fee or other money payable, if any, by the taxable person as aforesaid. (2) All payments made pursuant to any notice under this section shall be deemed to be made on behalf of the taxable person and with the authority of the taxable person and all other persons concerned. (3) For the purposes of this section, the Director General may require any person to give him information as to any money, fund or asset which may be held by the person for or of any money due and payable by him to any other person.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memungut cukai, dsb., daripada orang yang berhutang wang kepada orang kena cukai

(1) Jika apa-apa cukai adalah genap masa dan kena dibayar, surcaj adalah terakru, atau penalti, fi atau wang lain adalah kena bayar oleh mana-mana orang kena cukai, Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis yang sesalinannya hendaklah dipanjangkan kepada orang kena cukai di tempat alamat terakhirnya yang diketahui, menghendaki— (a) mana-mana orang yang ada apa-apa wang yang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai itu; (b) mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau atas akaun orang kena cukai itu; (c) mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau atas akaun seseorang yang lain untuk pembayaran kepada orang kena cukai itu; atau (d) mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang yang bukan gaji atau upah yang kena dibayar atau terakru kepada orang kena cukai itu atau sebanyak mana daripadanya yang cukup untuk membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, jika ada, oleh orang kena cukai itu sebagaimana yang disebut terdahulu. (2) Semua pembayaran yang dibuat menurut apa-apa notis di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang kena cukai itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan. (3) Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberinya maklumat tentang apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu untuk atau bagi apa-apa wang yang genap masa dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next